Rabu, 28 Disember 2016

CCM: Jalan-Jalan Sekitar Ipoh; Tasik Cermin, Clearwater Sanctuary, Tin Dredging & Kelli's Castle

Selama ni datang ke Ipoh, memang tak kemana. Duduk je rumah mertua. Paling tinggi pergi mall ataupun kenduri kahwin. Kali ni nak jelajah sikit tempat2 menarik di Ipoh.

Kami mulakan perjalanan ke Tasik Cermin di Gunung Rapat. Masuk bawak kereta dengan yakin je...tapi bila dah hampir sampai kami nampak signboard mengatakan BAHAYA TANAH RUNTUH. Jadi kami pun patah balik dan sempat bertanya pada pekerja di kawasan sebelah. Katanya kawasan tasik ditutup kerana ada bongkah batu jatuh dan tanah runtuh. Dia juga tak tahu bila akan dibuka semula. Nampak gaya cerita macam takde kerja2 membaikpulih. Takpelah..



Kemudian kami ke Clearwater Sanctuary Resort. Masuk2 je bagitahu pak guard nak makan di restoran. Masa tu rasa haus..hehe.


So tempat ni ada resort dan padang golf. Kami datang nak lepak2 je sambil tengok air tasik yang menenangkan. Semua hijau dan bersih sangat. Harga makanan dan minuman munasabah je...macam tak sangka pun ada sebab murah untuk restoran dalam resort. Lagi murah dari kafe hipster.













Selepas tu kami nak pergi tengok kapal korek. Kapal korek ni dah tak beroperasi sejak tahun 1982 akibat kejatuhan harga bijih besi. Tapi......kalau nak masuk hanya boleh tengok dari luar je. Sebab ada kerja2 restoration. Jadi dinasihatkan datang masa bulan May 2017. Sebab kalau masuk jugak rugi kata penjual tiket. Tetap kena bayar RM2 walau tengok dari luar je.



Sudahnya kami pun ke Kelli's Castle je. Masa tu Aqlan tidur. So kami masuk parking bayar RM2 je ambil gambar castle dari jauh. Tapi bila Aqlan dah bangun hari pun dah mendung. Jadi nak masuk pun macam tak sempat je. Tiket RM5 dewasa dan RM2 kanak2.





Elok kami beredar, hujan pun turun....tak tahulah camne pengantin nak bergambar. Excited aku tengok dia datang dengan gown merah.

2 ulasan:

  1. tak sempat masuk kelly castle ye, baru nak tgok dalam rupa mcm mana. aku pun tak pernah masuk, lalu je hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nak hujan...dahla kena panjat tangga..anak pulak tidur...nak tolak stroller takde laluan..nak dokong dia berat..bila dah bangun pulak awan mendung datang hehe.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.