Ahad, 25 Disember 2016

CCM: Kali Ni Kami Datang Melawat Penang Bird's Park, Dekat Je Pun

Semalam kami sampai dalam jam 11 lebih. Sebab berhenti di Ipoh dalam sejam setengah. Laki kesian kat anak dah penat duduk dalam carseat berjam2. Jadi dah singgah tu mandi dan makanla. Lepas tu baru ke rumah kak ted di perumahan TNB.

Lepas zuhur baru kami ke Penang Bird's Park. Harga tiket dewasa RM23 dan kanak2 RM13.

Kami tiba jam 3 petang...jam 3.30 petang ada bird's show jadi kami jalan2 dulu. Pusing tengok burung dalam sangkar.


































Dah nak jam 3.30 petang tu kelam kabut kami ke tempat show yang terletak hampir di pintu keluar. Layan show setengah jam juga. Lepas tu boleh ambil gambar dengan burung2 secara percuma. Tapi 2 ekor je..satu kakak tua satu lagi enggang.

Pastu sambung jalan lagi sampai kat kedai air. Boleh beli air dan percuma keychain. Jadilah kan. Terhibur juga tengok telatah burung. Sebab lepas jam 4 petang baru burung2 ni dok kicau buat bising. Haha.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.