Haha...memang dah jadi rutin pulak jalan2 ni..
Dan sejak akhir November kami ke 7E untuk cari susu RM1 sekotak! Untuk kapasiti 200ml atau 250ml..yang kalau tidak harganya mahu dalam RM2.30 sekotak..jimat tu..
Setiap pembelian boleh 3 kotak je. Tapi kalau kau berbudi bahasa, cashier akan tolong cara macam mana nak beli banyak2. Jangan lupa tanya. Mereka tu bosan juga kerja 24hrs. Ada masa2 kami rajin kami pergi beberapa kedai 7E dan beli..buat stok. Sebab kami memang selalu guna susu. So kami buat masa ni dah hentikan pembelian susu di pasaraya. Kami usha harga susu kotak kat 7E setiap Jumaat!.
Last GoodDay kami dapat beli 18 kotak. Kali ni Nestle dapat beli 18 kotak juga. Bila buat susu happy je. Masukkan dalam mug, panaskan dalam microwave dan kemudian buat kopi atau mocha atau coklat dengan mencampurkan susu tadi dan feel macam beli kopi mahal. Hahaha.
Susu juga digunakan untuk buat penkek dan masak kari. Argh banyak jelah penggunaannya.
Rasanya inilah pembelian susu yang paling menguntungkan! Terima kasih 7E!
Jumaat, 16 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.