Okay aku sebenarnya suka alihkan perabot. Dari yang besar sampailah kecil. Alih katil, almari, rak buku, sofa dan macam2 lagi. Sebab aku mudah bosan dengan susun atur yang sama.
Jadi masa aku mengandung aku masih buat kerja2 tu ya...tukar langsir kot paling ringan. Paling berat angkat kotak ada barang kaca kot. Takpun kotak buku2 teks. Memang berat dan banyak pakai otot perut. Kadang angkat baju basah pun penat jugak ek.
Dah sarat tu takdelah buat kerja2 tu sangat dah..pulak2 aku ada darah tinggi. Kena rehat.
Lepas bersalin czer tu aku ada juga turun naik tangga. Bisanya weh...kadang2 rasa sedih juga masa tu. Sebab Zcat masa tu kena chicken pox jadi tak boleh nak dekat dengan aku. So kadang2 turun makan kat bawah. Kadang2 dalam bilik tidur. Aku masa tu nak tunduk pun tak boleh apa lagi mengiring. Mandi berdiri. Kalau duduk sakitla..so kadang2 letih mandi berdiri ni tau takkk. So nak gosok2 daki lepas bersalin tu payah sikit. Even nak pakai seluar dalam pun perlukan bantuan..
Selepas sebulan dah kena mandikan Aqlan sendiri. Terasa nak nangis kadang2 tu. Memang mandikan dia letak besen atas tandas duduk. Sebab aku tak boleh duduk cangkung langsung. Nasibla kerja2 basuh kain..sidai kain..angkat kain dibuat Zcat. Aku boleh lipatla sikit2.
Lepas balik rumah Ampang, peti ais kami dah berkulat. Sebab aku dah duduk Puchong sejak akhir Feb hingga awal Mei 2014. So Zcat pun tak pernah balik sana jengah rumah..kat rumah sana selalu trip so bila tak on balik elektrik memanglah...jadi Zcat cuci peti ais dan aku mop rumah...
Inilah kesalahannya.
- Tak boleh mop rumah! Sebab guna otot perut dengan banyak. Jadi bisa kat area czer tu...ngitt ngitt je ngilu.
- Tak boleh angkat bakul baju berisi pakaian kering atau basah sebab nak kena guna otot tulang belakang. Aku kan dicucuk morfin. So penyelesaian aku selalu tolak dengan kaki je.
- Botol pencuci Dynamo yang paling besar tu kan berat..tu pun tak larat kalau penuh.
- Angkat beg baju pun tak boleh..
Masa tu rasa macam tak berguna..sebab semua nak harapkan suami. Tapi dia sangat memahami. Jadi aku selalu cakap kat diri sendiri syukurlah tak jadi macam orang yang ketiadaan suami..atau suami ada tapi tak membantu...tak faham kita yang lepas beranak czer ni.
Dan sebenarnya walaupun Aqlan dan 2 tahun 9 bulan, aku masih ada beberapa kerja berat tak boleh buat sendiri. Memang tergendala je agenda aku nak alih2 perabot ni. Bosan weh menengok. Kena tunggu laki balik kerja dan kalau dia penat pun tak boleh tolong juga.
Sumber: mudah.my Memang aku punya mop sama dengan ni. Senangkan kerja sangat..tapi yang terkini ada lubang nak buang air senang. Yang ni kena tuang angkat...penat weh. |
Last time mengemop pun aku kesakitan satu badan..sebab aku juga basuh beberapa keping alas kaki yang dibuat alas di dapur untuk atasi lantai melekit akibat minyak dan percikan dari air sinki. Ada alas yang kena kencing dan berak kucing. Ada yang kotor dan kaki pun dah geli memijaknya. Yang ni tak dapat nak tahan...tunggu lama2 pun tak boleh. Nak harap orang lain basuh pun tak boleh tunggu lama dah. Aku jenis tak tahan tengok dan tunggu. Boleh jadi kurang siuman dan marah2 nanti.
Sebenarnya aku rindu nak bertukang. Nasibla hobi baru yang tak menyakitkan ialah mencabut rumput. Haha.
sakit jugak wooo, sakit tgn bila cabut rumput..haha
BalasPadamsampi sekrang terasa ngilu tmpt ceaser tu, nak angkat berat mmg tak berani..
Ada sarung tangan khas. Macam pergi welding pun ada padahal cabut rumput je pun..
Padam