Khamis, 15 Disember 2016

Yang Terakhir! Kena Dapatkan Segera Stok Asam Jawa Dari Sungai Petani, Kedah!

Asam jawa ni diperkenalkan oleh kawan aku, Fahada. Masa kirim dengan dia beli sampai RM20. Sebabnya 3 bungkus RM5. Jadi aku bahagi2 dengan mertua. Masa aku kirim tu pun tahun lepas selepas majlis nikah Fahada.

Now asam jawa yang sedap ni dah nak habis. Dan aku ada bungkus yang terakhir sahaja. Which is buat aku tak senang jugakla. Haha. Jauh tu nak beli. Kenalah contact si Fahada tu balik.

Last time dah cakap thru whatsapp je. Dia makin sibuk sejak ada baby...ha la kalau tak dulu2 sibuk gak menyembang. La ni sembang dengan anak jelah ek..

Aku selalu gunakan asam ni untuk masak sambal bilis, kuah asam, asam pedas dan macam2 lagilah....itulah aku nak beli buat stok banyak2 memandangkan aku pun tak tahu yang kat sini2 punya sama ke rasa sedap dia tu.

Shout out tu Lya Afrina, inilah rupa dan saiz asam jawa.. maafla ya lambat nak tangkap gambar...



Jangan tanya tahan berapa lama...sebab aku bantai je pakai ikut suka. Laki aku suka masakan ada asam jawa mesti rasa masam tu lebih2. So kalau letak kat kuah tu memang banyak je..

Expired takdak..buh je dalam peti ais all the time.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.