Selasa, 6 Disember 2016

Masak Sup Daging Makan Dengan Nasi Panas Dan Rahsia Sup Bunjut Terbongkar

Mula2 keluarkan daging dulu bagi lembut. Daging yang aku gunakan ialah dari Australia. Jangan ingat mahal...sepeket dalam RM4 je. Tak ingat pulak berapa gram tapi beli kat Hero Nova Saujana. Hero kaler merah. Laki aku cakap Hero kaler kuning takde..

Dah rebus2 tu barulah teringat nak tengok resipi kena masukkan sup bunjut. Aku dah takde sup bunjut jadi aku masukkan apa yang selalu ada sup bunjut.bsalah satu sebab ada bunjut ni supaya nanti bila makan sup tu takdelah banyak hampas2  rempah. Tapi sebab aku takde kain buat bunjut so aku campak2 je.

Apa ada dalam sup bunjut sebenarnya?


  1. Jintan manis (fennel) secubit
  2. Ketumbar (coriander) sesudu kecil
  3. Bunga lawang (star anise) 2 ruas
  4. Bunga cengkih (clove) 2-3 kuntum
  5. Kulit kayu manis (cinnamon) 1/2 inci
  6. Lada hitam (pepper) 5-6biji


Dah masukkan rempah sup bunjut tu biarkan, buatlah kerja2 lain.

Potong kentang 4 biji. Aku pakai russet hari ni.


  • 5 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 batang serai 
  • 2 inci halia

Semua ni blend.

Lepas tu panaskan minyak dalam kuali panaskan..pastu masukkan

  • 5 kuntum bunga lawang 
  • 1 Kulit kayu manis
  • Serbuk lada hitam kasar


Goreng semua ni sampai kering air blend tu pasti baru masukkan dalam periuk rebusan daging. Masukkan garam dan gula.


Ini masa rasa2..minyak tu lemak daging. Aku memang kurangkan penggunaan minyak walau untuk menumis

Dah siap makan dengan bawang goreng dan daun sup serta nasi panas. Alhamdulillah Aqlan boleh makan daging sup ni sebab aku potong halus2. Haha.

Resipi asal dari SINI. Aku memang suka mengolah..ikut apa ada kat rumah kan konsepnya jangan membazir.

6 ulasan:

  1. pandai kou msak jah, nampak sedap sgt wehhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah semua ikut resipi. Kalau masak pakai campak2 mesti kena campak balik makanan tu.

      Padam
  2. Nak tanya sikit. Kenapa nak letsk gula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 masakan pun garam+gula ialah lawan untuk bagi lebih sedap. Tapi setiap masakan ada nisbah berbeza.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.