Kali ni mama ikut ke Taiping. Selain nak membayar bil2 utilities rumah di Taiping juga untuk melawat kakak sulung Mama. Tapi mama tak ikut kami ke Zoo lah...
Sampai Taiping pergi Jabatan Bekalan Air dulu. Sempat guna toilet yang bersih....hihi. Kemudian ke pasar cari popiah basah, gulai otak dan murtabak pula di kedai mamak. Bawa ke rumah wan Nyah, kakak sulung mama. Lepas solat dan makan2 baru gerak ke zoo. Elokla hujan pun turun masa kami rehat kat rumah...lepas tu baru gerak. So cuaca pun mendung dan sejuk2 je.
Laki beli tiket di kaunter kena bagi IC. Siap ditanya orang Taiping ke....ha la kata laki...pelik. Rupanya siapa IC alamat Taiping, bila ke zoo dapat diskaun 20%. Bukan untuk dia sahaja, untuk semua yang dibawanya. Wahhhh ini sudah untung!!! Aqlan belum kena caj sebab umur 3 tahun baru dicaj. Hehe.
Kami sampai tu jam 4 petang. Masuk ruang menunggu tram tak lama pun dah dapat naik duduk satu seat. Kami sebenarnya yang last dibenarkam naik sebab dah penuh. Hihi. Alhamdulillah. Seat kami tu pun ada lelaki duduk seorang lepas tu driver suruh dia pergi duduk dengan orang lain. Haha. Jadi kami dapatlah bersama 3 orang.
Dah masuk zoo apa lagi...bagi Aqlan experience la...
Dah sampai satu tempat tu kami semua diturunkan dan mula berjalan kaki. Masa ni Aqlan memang seronok sangat. Tapi dia memang behave sangat atas tram. Duduk diammmmm je.
Sempatlah dengar singa ke harimau mengaum. Rasa harimau sebab singa elok je duduk pose. Harimau punya kawasan sedang disapu dan dibersihkan oleh pekerja. Masa kami datang tu time makan. So muka masing2 tengah kunyah. Haha. Ada gak tunjuk bontot je. Ada yang tak makan asyik main..macam2 pe'el. Tapi gambar aku banyak tak ambil sebab laki guna kamera godang dia...
Hampir 2 jam kami kat zoo baru nak balik itupun sebab dah start hujan balik. Orang tak ramai sangat so seronoklaaa...
Lepas maghrib kami balik ke Ipoh semula.
Khamis, 29 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
selalu peek season ramai org, best la anis jalan2 tak bersesak2 kan.
BalasPadamAah lega tak berasak. Nak bergambar pun takdelah kena photobomb.
Padam