Ahad, 18 Disember 2016

Setia City Park, Taman Rekreasi Yang Moden Dan Tak Berapa Kami Gemari

Susah weh nak kontrol Aqlan kat sini. Selalu kalau semua padang rumput dan kurang aktiviti kami senang sikit nak kawal dia. Sebab dia ni aktif, curiosity person. Semua benda dia nak test.

Nampak je bouncing castle tu lagilah kami seram. Aku terpaksa dokong dia bawak lari dari situ. Ingat last time masa main di majlis harijadi anak kawan, Aqlan jatuh tersembam. Sejak tu aku nak elakkan. Pulak2 ramai orang lagilahhh..

Kemudian bawa dia jalan2 atas stepping stone tu..lajunya dia melangkah. Risau pulak salah langkah masuk dalam air. Dahla airnya kotor. Tak mengalir.

Dengan ramai pengunjung yang naik basikal elektrik dan roller blade dan macam2 lagilah...aku pun last2 ajak dia main sliding kat rumput. Hahaha. Aku cuba juga tapi sebab seluar tak tebal rasa rumput menyucuk kulit punggung. Aqlan pulak selamba turun naik. Aku rasa kecerunan dalam 30-45° juga.









Lotih den...masa balik tertidur.

10 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.