Friday, December 9, 2016

Konsep Food Truck Taman Perindustrian Kinrara, Puchong Semakin Mendapat Sambutan Dari Foodie

Kami dah lama tengok food truck ni. Dalam sebulan lepas cuma ada 4 food truck. Tapi hari ni datang ada lebih kurang 10.

Dekat Mana?

Bila lalu jalan menuju ke Sunway dari Lebuhraya Bukit Jalil-Puchong memang akan nampak di sebelah kiri dalam kawasan Taman Perindustrian Kinrara, Puchong. Senang cari kat Waze atau google maps Jalan TPK 2/2. Dekat dengan Bath Factory Outlet. Korang boleh nampak selalu ada je jualan gudang tilam.


Operasi

Jam 5 petang hingga 11 malam.
Update...buka setiap hari..

Harga

Rata2 harga makanan tak lebih RM10. So bagi aku murahlah.

Parking

Disebabkan ni kat kawasan kilang jadi tempat parking memang banyak dan luas. So janganlah pergi double park ye...

Kepelbagaian

Food truck yang datang ni ada macam2 rupa warna. Memang menarik untuk dilihat dan setiap food truck menjual makanan yang berbeza.

Tapi malam ni aku try food truck jual air je..sebab kenyang weh makan nasi ayam hainan dari tengahari bawak ke malam.

Yang lain2 tu aku pasti akan kunjung bila tak makan lagilah. Ada beberapa food truck yang menggamit nafsu nak makan.

Memang tak lelap mata minum air kat sini. Air dijual semua RM5 setiap satu. Memangla beratur nak beli ni.



Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.