Itulah yang aku sesalkan sikit... sebab dah beratur punyalah lama dah nak sampai kaunter barulah aku tahu...kata seorang pelanggan beli 10 barang dalam satu resit baru murah. Aku pulak beli 5 je. Tu pun rasa dah banyakkkk.
Ini cerita Ahad lepas. Hari ni baru nak kabo...hahaha...kalau semua cerita wrap one day nanti takde cerita dahhh..kadang2 aku ni pun out of idea jugak.
Lagi satu sebab aku pun tengah nak pack barang sebab nak pergi bercuti esok....jadi sambil kemas2 tu aku pun barulah teringat. Dan dan la masukkan bedak baru dalam beg mekap..sebab bedak lama tu memang dah lama...dah 6 bulan kot aku pakai baru nak habis. Eh aku tak pakai bedak hari2...kalau kerja tu lain ceritalah..jadi barang2 mekap aku memang lambat nak habis...pasni nak kena cari info pulak barang mekap berapa usia diorang sebenarnya lepas guna walaupun ada tarikh expired. Dah buka..cerita lain ya..
Oklah kat Kauzs aku beli bedak air cushion (kan popular....) jenama IOPE..beli 1 percuma 1 refill. Pastu beli eyebrows jenis pomade (kena pakai brush ya lukis2 kening tu) warna Ebony Kylie dan lipstick matte 3 batang.. dah gila lipstik ke apa aku ni. Semua sekali RM75. Kalau jadi ahli lagi murah..malas aku nak cakap berapa "kerugian" aku. Takpelah....dah tahu next time pergi aku jadi ahli lah...laki aku bila dengar dia pun kata ok nanti kita pergi lagi..pantang kan...pastu dahla aku pergi sampai sejam sebab nak bayar punyalah panjang barisan...bila sampai kereta laki aku pun pelik sikitnya aku beli..hishh....!!! Memang aku berjimat ni sebab ada benda lain aku dok aim dah berbulan2. Asal simpan duit pastu "terpakai" aje duit tu..ceh..
Ok pada sesiapa yang nak ke Kauzs tu bolehlah dapatkan banyak sangat beauty things kat sana. Kalau korang habis ratusan jangan marah aku..sebab hari tu orang depan2 aku bayar semua RM200 ke atas...pitammmmm...
Jumaat, 23 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
iope tu biasa pakai, mmg elok..smooth jew
BalasPadamYelah dah try memang best IOPE tu.
Padammahal nyaa . baru beli mcm tue sampai 70 lebih ?
BalasPadamTak pergi dah kedai ni. Mostly fake items.
Padam