Sabtu, 3 Disember 2016

,

Ke Melaka Nak Makan Ikan Bakar Semata-mata Baik Kita Tidur Semalam Terus

Kawan aku si Reen tu asyik meratib nak makan ikan bakar. Malah aku tengok gaya macam perempuan mengandung mengidam makan pulak. Sanggup pergi belakang istana nak makan. Lepas tu aku pun kesian kat dia cakap jomlah kita pergi makan ikan bakar..ramai2.

Aku bagi pilihan makan Ikan Bakar Tanjung Harapan atau ikan bakar kat Melaka. Hahaha..kau nak balik hari ke Melaka? Laki aku cakap baik tidur semalam. Kalau diorang kawan2 yang nak ikut tidur okay je.

Sudahnya aku pulak yang mencari penginapan since yang lain2 sibuk bekerja. Aku okay so untuk tempat makan aku suruh si Ann cari.

Pergi je booking.com dan mula cari hotel atau homestay pinggir bandar. Kami tak mahu duduk dalam bandar sebab Melaka kalau cuti sekolah ke Weekend ke mesti cam jem teruk giler. Lagipun nak pergi makan ikan bakar tu bukan dalam town pun.

Cari punya cari last2 aku pilih homestay saja. Murah je satu malam RM250. Ada 3 bilik. Aircond setiap bilik. Phew kita ni semua dah biasa tidur dalam aircond. Itulah jadi deal breaker untuk penginapan kali ni.

So kami bertolak 2 kereta tapi asing2 masa perjalanan sebab Reen nak kena tolong kakak dia berniaga sebab kakak dia kurang sihat dan takde pembantu hari tu.

Kami pergi masuk jalan lama pastu baru masuk highway. Guna waze katanya ada accident kat Senawang. Aku kat situ malas dah nak fikir...memang selalu je ada...

Masuk jalan2 kampung dan bila dah tersalah jalan tu makin jauh pulak. Hahaha. Tapi kami ni jenis enjoy the ride jadi tak gelabah. Wat rilek je..

Sampai homestay dalam 2.30 petang. Oklah tak jauh dari waktu check-in 2.00 petang.

Macam biasa masuk rumah cek bilik2 dan bilik air..cek dapur. Cek pili air. Hahaha.

Overall rumah ni bersih kemas dan hampir semua benda ada.

Kemudian kami tidur kepenatan. Kawan2 lain sampai jam 5.30 petang macam tu. Depa pun penat jadi kami dok rehat2 borak..minum kopi. Lepas maghrib baru nak gerak.

Dah sampai Ikan Bakar Muara Sungai Duyung tu aku confuse jap..kena beratur panjang rupanya. Nasib kawan2 lain dah beratur sebab aku kan nak kena handle Aqlan lagi. Siap bawak stroller.

Dah beratur jam 8..ambik ikan jam 8.30..makanan sampai hampir sejam kemudian. Orang sangat ramai. Yang tak tabah boleh balik. Masa pilih ikan yang tinggal pun besar2. Lantak. Kami pesan Jenahak Goreng Kunyit, Siakapa Stim, Udang Cili, Sotong Goreng Tepung dan Sotong Bakar.

Dah duduk tu order air sejuk 1 jug, sirap limau 1 jug. Pastu pesan nasi putih 3 pinggan dan nasi lemak tetek. Tapi nak dapat nasi tu....boleh mendatangkan kemarahan tau sebab lamaaaa sangat. Sampai kami ambil dari meja sebelah 6 nasi lemak yang tak terusikla.. cuma depa ni hempap dengan pinggan makanan bersisa. Nasi lemak bungkus tu elok je tapi rasanya lain sikit dari batch yang kami minta direct. Dapat juga...nak lagi...tak cukupkan kami 7 orang. Minta2 tak dapat2 last2 ambik nasi kat meja sebelah tulah..

Bila makanan sampai satu persatu tu pun kami kena sabar nak makan sebab ada pulak yang tak bagi makan dulu. Hahaha sebab tak sampai semua dan nasi memang tak tiba2 masa tu. Ya ampun....sudu garfu semua pun lambat. Kami punha meja kat tepi muara sungai agaknya sebab tu dipinggirkan. Sobs.

Bila semua dah tiba..jangan soal lagi...diam je semua kunyah.

Mintak lebih tetap tak dilayan

Makanan paling sedap

Aqlan makan dengan nasi lemak. Haha.

Reen dan Adam first time makan ikan Jenahak 

Overcooked. Sayangnya

Sedap gila sampai rasa tak cukup order sikit

Ni guna kamera Reen..kelabu asap je..haha..





Pose terlentok laki. Rasa cam bercinta zaman budak sekolah pulak. Haha.

Lepas dah habis makan kami order satu lagi jug air kosong tapi tak tiba2. Sudahnya masing2 pesan aiskrim 4 segi kat tepi tu. RM2 sebatang. Sedap tau. Tapi aku dapat strawberi je.

Siap bayar semua kena RM244.60. Then kami ke Pantai Klebang lak minum coconut shake. Tapi kat sini punya tak sedap sangat. Yang kat Caltex tu dah tutup. Ha lah dah jam berapa..

Lepas tu kami semua balik tapi jalan lain2. Haha..Aqlan dah tidur so kami terus ke rumah. Elok sampai rumah hujan dah menitis.

4 ulasan:

  1. Wah hebatnya JJCM.
    Kt Melaka memang banyak tempat makan yng boleh dikunjungi.
    Syaratnya asal kocek tebal.

    BalasPadam
  2. melaka dah mcm kl, bandar kecik je, rami yg terpusu2 nak ke melaka, tempat makan pun bnyk yg best kan..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.