Rabu, 21 Disember 2016

Bila Datang Hari Malas Masak, Masak Makanan Segera Yang Dibeli Di Az-zain

Korang pernah pergi Az-zain tak? Kedai sejuk beku produk Muslim. Ada banyak cawangan. Masa duduk Ampang selalu ke cawangan Taman Nirwana...aku selalu keliru area situ. Yang pasti kedai tu belakang kedai runcit Mariam.

Dah duduk Puchong, baru2 jugalah dibuka Az-zain di Kinrara Uptown.

Pergi kedai macam ni seronok. Aku ni bukan rajin nak menggetel doh kuih. Ada macam2 produk sejuk beku kan..Aku beli siap jelah. Pastu goreng.

Tapi aku tahu satu hari aku kena buat juga kuih2 tradisional ni.. takkan asyik nak try resipi nasi dan kek je....

Anak pun makin membesar dan nak makan macam2. Pandai kan..


Siang tadi cek gigi dia..boleh pulak gelak2..hari2 berus gigi pun nak kena pandai buat. Memang sampai la ni aku yang kena beruskan. Tu pun syok la dia nak gigit batang berus gigi tu.

Bagus jugak dia layan lagu Elmo "Brush brush your teeth" kat youtube.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.