Ahad, 11 Disember 2016

Pergi Ziarah Mak, Nak Ajak Jalan2 Hilangkan Kebosanan Tapi Tak Larat Pulak

Sebabnya Mak sakit perut..kalau tak aku dah bawak dia at least ke rumah Kak Pa.

So nak borak dengan Mak lama2 pun tak dapat sebab Mak nak rehat. Jadi kami pun lepas asar balik...ha la balik sangat..

Kami nak ke Sunway Velocity cari kasut Aqlan. Kan...saja nak mallhoping shopping mall baru. Tapi bila dah sampai dan tengok sampai ada polis mengawal trafik kami pun pergi tempat lainlah. Panjang sangat nak masuk ke dalam parking tu.

Kami pun ke Jakel Mall nak masuk Lulu. Dah sampai2 tu Maghrib. Surau lelaki under maintenance pulak. Sudahnya aku solat dulu lepas tu aku dan Aqlan je masuk Lulu dulu sebab Zcat nak pergi solat kat dalam Jakel. Tingkat 5...kat Lulu tingkat 3 je.

Lepas Zcat balik solat dia kata Lulu tu tandas rupanya kat tingkat 3 je..dan Jakel pun kat tingkat 5 je. Wah betul ke.? Nak jimat maintenance washroom ke sampai macam tu sekali. Dah pilih kasut boleh bayar kat tingkat bawah. Tapi bila nak turun eskalator tu bunyi la anti theft alarm tu. Sabar jelah..

Kasut oren RM17.90
Selipar biru RM25 ke RM22 tah

Masuk supermarket dia best. Macam2 adaaaa...macam2 jenis cheese ada. Nak datang balik memang taklah tapi supermarket tu memang best gila..dept store tak syok..

Sebelum balik rumah, Zcat sempatla tapau sup Jalan Doraisamy tu. Kempunan last time datang owner tutup kenduri kawen anak dia.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.