Jumaat, 20 Januari 2017

Bawak Bekal Makan Ke Ofis, Jimat Dan Mesra

Kenapa mesra weiii? Haha. Sebab aku kata mesra kalau yang masakkan tu isteri ke..mak ke..adik beradik ke..ahli keluarga la senang cakap. Sebab bila diorang masak dan bagi kita bawak bekal kita mesti happy punya kan. 1 jimat, 1 bersih dan 1 dijamin sedap tak sedap tu bergantung pada tekak memasing. Eh.

Last time masak kari ikan bawal lebih...esok laki tapau pergi kerja. Elok dia ke kedai juga beli ulam ulaman dan sambal. Katanya apa yang aku tapaukan banyak jadi dia share dengan orang ofis. Takla semua dapat..sorang je...kekeke..

Kata laki, kawan tu cakap sedap kari teringin nak masak camni siap minta resipi. Aku ni kan masak kari selalu tak berdisiplin. Kadang jadi kadang kureng. Tapi kali ni jadi pulak walaupun kali ni juga masukkan santan kotak. Dah lama tak masak kari santan. Ha la doktor tak bagi makan santan sangat. Tapi ko..kadang2 aku teringin jugak..

Aku cakap dengan laki kalau nak bawak bekal, aku boleh cuba buatkan..CUBA. Sebab sebolehnya laki aku nak masakan dimasak dipagi hari dia pergi kerja. Macam kes kari tu...kari kot memang sedap kalau dah bermalam. Hahahaha..

Oh sebut pasal makanan semalaman ni kata laki kenapa nasi goreng sedap kalau guna nasi semalam? Sebab nasi tu dah mengeluarkan alkohol. Jangan salah sangka banyak...bukanlah jadi najis haram tak boleh makan tapi beras tu jadi nasi dan mengalami proses penapaian. Jadi aku pun sampuk...ohh sebab tu kalau nasi dibiar lama dia jadi busuk..kan dia akan start berbuih dan naik kulat...Even tapai kalau dah terlalu masam macam dah lebih 3-4 hari ke dan rasa dia semacam boleh pulak jatuh haram makan. Ini perkhabaran dari laki yang sangat suka membaca dan menengok dokumentari. Kalau pembaca tak faham perbincangan ilmiah kami ni silalah pergi rujuk...jangan jadikan sandaran membuat keputusan pulak dan kata penulis yang cakap. No no no.

Kami laki bini memang selalu berdiskusi. Itu salah satu untuk bagi otak berfikir. Kan aku ni duk rumah je tak banyak sangat fikir dah macam masa bekerja dulu... puaslah kena buat akaun hari2, audit dan layan tenant punya masalah rental dan parking! Tu pasal aku boleh migrain!

Baik bincang pasal bawak bekal tu hari ni laki tanak sebab Jumaat dia memang makan luar dekat area2 Masjid. Kan senang nak solat Jumaat. Dia suka naaa pergi masjid tentera tu..aku pun pernah dibawa solat kat situ..syok weh feeling anak bekas navy lain macam sikit.

Beberapa tahun akan datang, aku pun kena bekalkan Aqlan makanan untuk ke sekolah macam seorang kawan ni buat. Walau dia bekerja dan penat dia pastikan dirinya masak untuk anak...ni dari segi hikmahnya, anak tu lebih mendengar cakap kita...air tangan ibu katanya..

Harapnya ni bukan visi je tapi jadi realiti. Sayang kamu berdua Encik Zcat dan Aqlan. 😘😘😘

Takde kena mengena tapi bila siap masak je suka hantar gambar ke laki supaya dia balik rumah cepat dan makan.

10 ulasan:

  1. sekarang ni pun dah start bawak bekal ke office..tapi kadang2 tapau gak kat luar...tak sempat nak masak pagi...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..kalau lebih semalam punya senang je..nak masak pagi2 subuh sapi'eee tu bercinta dengan mata..

      Padam
  2. kdg2 dah bosan makan kat cafe sini, bawak bekal lg sedap wlupun lauk simple, telo sambal ke, telo kicap pun sedappppp

    BalasPadam
  3. Wah!bagus la cmtu...
    sebab apa..nieyl dah dekat 1 tahun bawak bekal pergi kerja...hihihi...
    1sen pun duit makan x keluar time lunch...
    cuma dalam sebulan sekali terutama gaji je nieyl makan dekat cafe atau luar... #reward

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus...terjaga perut nieyl dari makanan yang tak tahu unsurnya!. Reward mestilah kan..penat keje...lagi2 nak makan masakan tak pandai masak..keke..

      Padam
  4. Dulu semasa saya ada bini dia tapaukan breakfast untuk saya makan time rehat kat pejabat. Biasanya belum sempat sampai opis dah habis saya makan. Esok pun dia tapaukan pun tak sempat sampai ofis, saya makan. Lusa pun begitu,

    BalasPadam
  5. bagusnye...mmg sweet pun hehe...nak2 air tangan isteri kan...satu lagi memang jimat...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.