Aku dulu susah nak dapatkan saiz baju siap. Memanjang menempah baju. Beli kain berapa kali setahun da..Zaman kerja mak selalu cakap tukar2lah..bosan. Mak pun salah seorang penyumbang kain ela kat aku.
Bila dah malas nak menempah tu sebab fikir harga beli kain serta menempah dengan beli siap lebih kurang je...maka aku pun mulalah sessi menyedang baju. Selalu masalah ialah pada lengan. Aku punya pergelangan tangan kecil. Anak saudara cakap tak kena. Haha.
Baiklah...masa study kat uni saiz XS dan akhirnya cecah sampai XXL bila pregnant. La ni bolehla pakai M atau L atau XL. Sebab apa berbeza2? Baju siap ni bukan betul sangat ukuran dia. Sebab tu aku suka kalau ikut saiz EU (Eropah). International brand aku percaya pada ketepatan saiz berbanding jenama tempatan. Kecuali local designer brand la which is aku tak mampu pun nak belinya....walaupun ada X X..like yunaXhatta..JovianXZalora. X tu collaboration, jangan tak tahu pulak...
Dah jadi suri taklah membeli sangat baju. Pakai apa ada. Memang kadang2 nak juga beli baru sehelai dua. Tapi la ni jadi picky sangat. Satu lagi aku ni benci try baju..malas nak menyedang ni nak kena pin2 balik tudung especially. Sebab tu kalau ada niat nak pergi menyedang aku pakai tudung express je. Kalau tak..tengok jelah..kalau nak beli gak nanti teringat kata laki...nanti tak muat camna? Dah membazir. Ha laaa..
Lagi satu kalau pergi beli tu pastikan sendiri je pergi...anak kena duduk bawah jagaan laki. Sebab kalau tak..boleh main lari2 celah baju dengan budak Aqlan tu.
Sekarang aku selesa saiz 14. Hang pi beli baju kena sedap tang pungkoq. Nak duduk satgi takmo tetas tepi. Hudoh. Benci aku tengok nanti jahitan tepi start memgembang dan tetas paling akhir...hehehe.
Ni lagi satu beli siap..kadang baju patut saiz M je..tapi sebab pungkoq kena amik saiz XL. Takmo ketat. Dah atas longgar takpa tapi pergelangan tangan jadi luas. Bila angkat tangan.. elok lengan baju tu turun nak ke siku. Maka mula episod nampak lengan pulak...ni kalau beli baju sepasang la...kalau beli asing2 lain citer..
Disebabkan itu aku start tempah baju balik..takpa sekali sekala. Kalau dulu time kerja hantar kain buat baju menimbun. La ni hantar juga sikit2 sudah tapi p butik. Bukan apa jahitan kemas dan selesa. Laki suka kita pakai cantik. Dah dia bagi duit... kita p buat cantik2 la. Janganlah p tempah sampai bayaq RM300 sehelai...hat bawah RM100 sudah..tengok pesen gak..
Nak jahit sendiri boleh..tapi kain licin still risau..dan memotong tu bukan ada pi sekolah. Hentam aja tengok youtube dan buku menjahit.
Nak buat camnilah! Image from Google. |
rajinnyer mkcik nak menjahit ., ;p
BalasPadamTunggu juga mood tu datang
PadamSelalu beli baju baru lepas tu hantar kedai alter. baik buat sendiri je kan
BalasPadamAah..tapi buat sendiri ada rasa doubt sikit..haha..skill kena asah lagi.
Padam