tapi barang mekap ni ada umurnya ya......jangan nak pakai lama2...(tapi eh sayanglahhh) aku pun macam tu jugak tapi sebab nak elak cari penyakit baik berwaspada..
Krim tangan -
dari pemahaman aku ianya akan bertahan selama 3 tahun. tapi kalau dah dibuka boleh jadi setahun je
losyen tangan dan badan. kena buang yang MFG date tahun 2013 ke bawah. |
Minyak wangi -
8 hingga 10 tahun (simpan dalam peti ais atau tempat gelap. aku simpan dalam beg mekap)
Foundation -
Berasaskan air 1 tahun,
Berasaskan minyak 1 setengah tahun
Concealer -
6 bulan hingga 1 tahun
Eye shadow -
powder 2 hingga 3 tahun,
cream 1 hingga 1 setengah tahun
concealer & eye shadow..dah jatuh nasib tak pecah! |
Bedak -
Powder - 2 tahun
Cream cushion - 1 tahun
la ni pakai bedak CC jer... |
Blusher powder -
2 tahun (yeay!!)
Pensil bulu kening dan eyeliner jenis KOHL -
1 tahun (jauhkan dari tempat berwap)
Gel liner -
1 hingga 2 bulan (sedih mak tahu....)
Liquid eyeliner -
3 hingga 6 bulan (jangan share jugakkkk, kawan ko nak guna suruh dia beli sendiri)
Eyeliner pensil -
3 tahun
Maskara -
3 hingga 6 bulan (jangan share okay..walaupum kedengaran kedek..ko nak pakai mata lama sampai mati ok)
gel eyebrow, liquid eyeliner dan maskara (tak perlu sangat maskara tapi gatal jugak nak beli) |
Lip liner -
2 hingga 3 tahun
Lip gloss -
1 setengah hingga 2 tahun
Lip balm -
1 hingga 2 tahun
2 hingga 3 tahun
lipliner aku dapat percuma...malas nak pakai |
Lip gloss -
1 setengah hingga 2 tahun
Lip balm -
1 hingga 2 tahun
Lipstik -
2 hingga 3 tahun (simpan tempat gelap..bukan simpan dalam laci kereta, hancuss macam aku punya!!!)
Cream blush & multiple stick -
1 hingga 1 tahun setengah...mesti tanya apa mekap ni kan??? ni jenis mekap lipstik dan pemerah pipi boleh pakai sekali arung..jimat!!)
chubby stick tu kena lempar dah..lipstick yang simpan dalam drawer keta pun dah mencair....lip liquid matte, lip & cheek cream blush, lip balm & lip gloss |
Pewarna kuku -
1 hingga 2 tahun (jauhkan dari cahaya terus)
selamatlah kamuuu tak kena lempar..jarang pakai pun |
Micellar water -
6 bulan
Cleanser -
6 bulan hingga 1 tahun
Toner -
6 bulan hingga 1 tahun
Pelembab -
6 bulan hingga 1 tahun
semua akan dilempar, sekian. |
Krim mata -
6 bulan hingga 1 tahun
eye balm, cuticle oil (kena buang) & eye serum minyak jarak untuk panjangkan bulu mata |
Berus dan span -
3 hingga 6 bulan (rajin2lah cuci selalu) aku tak rajin...hahaha
Exfoliates -
6 bulan hingga setahun
Kalau nampak simbol di atas pada barang mekap, itu maknanya lepas dibuka boleh guna hingga 6 bulan je.. (6 - angka) (M - month)
body mist kenalah pakai hari2 camni... |
minyak almond..aku tak boleh hadap bau dia sekarang..elok pakai masa pregnant habis sebotol. beli lagi baru lepas pantang tak boleh bau dah....pening pulak!!! harga dia nangis!!! |
nasibla ada barang mekap memang tak pakai lagi |
Tips penting
barang kosmetik berunsur semulajadi akan lebih cepat rosak kerana tiada penggunaan bahan kimia untuk memanjangkan hayatnya.
tulis tarikh pada bekas barang mekap bila mula pakai supaya anda mudah nak buat keputusan bila nak buang atau gantikan dengan baru!
Pengalaman penulis
pada tahun 2012 aku pakai eye serum yang dah expired, sudahnya tumbuh bintil dalam kelopak mata. bintil dah leper tapi bila2 pegang kelopak mata masih boleh rasa sedikit bonjolan. doktor cakap ia akan muncul dan pergi.
bulan dec 2016 muka aku tumbuh jerawat2 kecil dan aku pelik sebab dah lama sangat tak tumbuh. rupanya geng2 pelembab muka dah expired masih pakai!
Kakcik cuma ada bedak dengan gincu je...itu pun bertahun tak habis pakai. Entah dah luput tarikh ke tidak, kakcik pun tak tahu... :)
BalasPadamJangan pakai yang expired kakcik....
Padamanis..good sharing!!
BalasPadamharemm i nak amek tau before.
Tapi mmg takkan simpan lama2..
apapon je yg kita ada??? litik(ni mmg ada berbelas batang,buat makan apa?) compact powder, bb cream.. eye shadow.
lain2 mmg TIADA...hahhaha..skin care ada moisturizer, toner, & serum.
kalau rasa nak melaramm je, pi tadah muka kat MUA.
selain tu.dok diam2 muka bekerak mcm ni je la.huhu
Wah...jimat yer...tapi kita suka beli dan main2 pakai.. kadang togel je malas pun ada ikut mood..hihi
Padam