Kita ingat kat dunia kita dah jaga aurat kita sudahlah. Memang iman kita tahap paling rendah sebab kita cuma boleh doa dalam hati je..
Kalau kuat..tegur.
Tak kuat...doa.
Secara perbuata...lakukan di depannya supaya dia tersedar.
Tapi kita ni di bahagian mana?
Sebab kita tak suka orang fikir kita jaga tepi kain..bila kita tegur2. Padahal tegur2 tu tanda sayang...sayang tak mahu kena azab nanti sebab tak jaga aurat. Juga tegur sebab nak lepaskan diri..nanti takdelah kena gostan balik bila dah elok2 nak masuk pintu syurga.
Kita perempuan suka kecantikan. Suka keindahan. Lelaki memang tertarik dengan bentuk fizikal kita..adalah lebih baik menjadi seorang yang menyenangkan pada pandangan mata...bukan menyebabkan nafsu tergoda. Kita perempuan memang ada syaitan khas yang buat kita nampak menggoda walaupun kita rasa biasa je..orang cakap cantik...biasalah kita balas MANA ADA! Dalam hati kembang juga.
Memang kita patut jaga penampilan. Tapi setakat menyenangkan pandangan mata sudahlah...bukanla menjaga aurat namanya kalau dah tutup aurat tapi still menggoda. Ya kita akan salahkan lelaki gatal..Allah dah jadikan mereka bernafsu ke arah kita, wanita..tak kira usia. Macam dibagitahu tadi....ada syaitan khas duduk bagi kita nampak menggoda.
Kita tak perlu cerita pasal orang lain. Kita cerita diri kita.
Kita dulu pakai jubah longgar kain keras...kembang start dari dada jadi bentuk punggung tidak jelas. Tudung kita labuh. Kalau tudung kain nipis jadikan 2 atau 3 lapis bertingkat2. Tutup dada dan belakang. Orang takkan nampak bahagian dada dan sarungnya. Pakai purdah jahit cengkerang paling kita suka. Butang tepi muka double setiap sisi supaya bila angin tiup takkan terangkat. Serkup cover dahi tutup hujung kening maka nampaklah 2 biji mata je. Kita pakai stokin bila ada kelas dengan muslimin. Kita juga pakai sarung tangan bukan sarung lengan ye..hujung pergelangan jubah ada cuff.
Pakai macam ni pun kita perempuan nak alis celak kajal bawah mata. Sunnah Nabi. Pakai juga minyak attar yang berbau wangi...nampak budak lelaki terasa sesak dada juga..apatah lagi mereka...!!!!
Bila usia kita jejak 20 tahun kita tanak pakai jubah, atau purdah. Kita pakai tudung labuh je. Kita baru kenal stokin warna kulit. Selama ni pakai stokin lelaki. Panaskan. Warna hitam atau yang gelap2 je.
Yang perbuatan durhaka (bab aurat) lain kita tanak cerita. Kita tak minat nak throwback zaman fasik. Kita bukan jahil. Zaman jahiliah takde dalam hidup kita. Zaman hidup kita semua medium dakwah ada di mana2. Adalah berdosa jika tidak mencarinya (ilmu agama) dan berharap boleh lepas perbuatan dosa tidak jaga aurat kerana alasan tidak sampai pada diri sendiri. Jangan gunakan perkataan belum dapat hidayah. Kita bukan kurang akal. Allah bezakan kita dengan makhluk lain dari segi pemberian akal.
Kita mengaku sedih melihat kenalan yang suka throwback zaman tak jaga aurat. Orang yang baru kenal dengan kita kan tak pasal2 tahu rupa kita macam mana sebenarnya tanpa cover. Walaupun kita teringat memori tu tapi simpanlah untuk diri sendiri...kita kena ingat once gambar dah upload dalam internet..ia kekal selamanya.
Juga kalau beli pakaian yang agak jarang kainnya, pakailah pakaian dalam yang betul. Ni kita selalu nampak kesan seluar dalam. Kesan tali bra.. kalau dah pakaian putih terutamanya jangan pakai bra warna2...aduhhh ni bukan hanya pandangan mata saya..tapi dari kacamata seorang lelaki juga.
Kalau pakai jubah tu sepatutnya longgar. Kalau potongan princess cut dan kain licin...itu hanya sekadar tutup bukan jaga. Orang dibelakang nampak kesan seluar dalam...saiz punggung dan pinggang kerengga.
Kita pun bermujahadah nak jaga aurat. Ya kita memang culture shock dan terbabas. Minta Allah selamatkan kita dari dosa mata ni. Melihat kemudian mengata, bukan nak tegur dan berdoa.
Marah dengan diri sendiri takpa. Mujahadah melawan hawa nafsu adalah satu jihad. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.