Isnin, 15 Mei 2017

,

Apa Yang Kami Makan Di Langkawi

Post khas untuk tempat makan2. Cadangan tu takdelah sangat tapi akhirnya aku refer tempat makan menarik dalam blog2 pelancongan.

First day, 6th May. Saturday.

Breakfast di kafe KLIA sebelum beralih ke MarryBrown. Yelah ni masih kat Sepang.

Camni pun RM8

Lunch di Restoran Kak Yan. Ni restoran mesti cuba katanya. Tapi akibat lambat sampai lauk pauk pun banyak dah habis. Sudahnya makan nasi dengan ikan je dah kena RM11.00 camtu termasuk air. Beli bahulu kena pulak lagi RM2.50. Eh apasal mahal ek...kata harga murah..tapi aku fikirkan ni mungkin sebab harga ikan. Ni makan 2 orang la. Aqlan takmo makan. Esoknya laki cadang nak datang lagi sebab nak try bronok. Isnin dan Selasa tutup kedai pulak.

makan bahulu je budak ni pastu aiskrim yang dibeli dari pakcik atas motor

Sebelum dinner kami ke kedai 24 jam bukan 7E ya..beli air dan makanan. Kot nak kudap2 dalam bilik. Juga cari Ribena untuk Aqlan. Susah wooo nak jumpa..kedai Gecko je ada..kat Chenang nun..so parents take note la...

Dinner di Uncle Jai. Oklah makanan dia. Laki ikut kata orang. Kedai bersih juga. Tapi rasa makanan biasa2 je. Tapau makanan untuk Aqlan sebab dia tidur sepanjang kami makan.



sedap gila coconut shake ni weii






Second day, 7th May. Sunday.

Laki sarap roti di pantri lodge. Light breakfast. Aku pulak p tapau teh tarik kat kedai mamak simpang masuk lodge. Terus pergi Underwaterworld. Dalam tu ada cafe kami makan aiskrim je dan minum air.

Lunch di Restoran Kak Yan lagi. Awal sampai dapatla apa yang dihajati laki..bronok tu dimasak kerabu. Seingat aku masa datang dengan kawan dalam 12 tahun lepas kami bakar dan makan dengan kelapa parut. Buat kerabu juga..alahai mula2 nak makan tu ermmmmmm...dah makan sedap pulak. Kat kedai kak yan ni memang aku amik lauk bronok dan terung je. Krup krap. Harga makanan hari ni lagi murah dari semalam. Hahaha...itulah aku dah agak ikan mahal...dan ramai tak tahu pasal bronok kot jadi tak makan. Rugilah weii...aku senduk boleh tahan banyak.


bronok ni sila cuba ya, sedap kotttt


Dinner at Telaga Walk@Chenang. Ni tempat makan baru ada banyak kedai makan. Santai2 je makan sini tapi tak banyak choice. Tapi laki aku makan makanan Lebanon tu dia sukaaaaaaa sangat. Sedap sangat katanya...itulah yang dia cari..ok laki aku cerewet pasal makanan rasa sedap. So bila dia kata ok..aku makan sikit..biasa je kat tekak aku..ke sebab aku tak gemar sangat..hahaha..








Third Day, 8th May. Monday.

Pagi2 terus ke SkyCab. Sarapan kat atas gunung. Memang mahal tapi sedap yoo.. kat sini pun Aqlan tak lalu makan..rupanya buat kerja...jadi kenalah masuk tandas juga..bersih je tandas..50 sen ya.






Lunch takdak...kami makan petang di pantai Chenang. Kan ada banyak trak makanan..so kami cuba Laksa Power, rojak buah, apa lagi ekk...cendol..






Dinner kami makan di gerai HIG. Lepas shopping coklat la..aduhhh..sini banyak jenis makanan..nak makan macam2 tapi perut tak boleh sumbat banyak dan takut sakit perut.


Forth day, 9th May. Tuesday.

Kereta kami pancit tayar. Jadi kami jalan kaki pergi makan roti canai kat kedai mamak simpang masuk lodge tu. Apa ke nama tah..2 jam kami lepak ok..tunggu penyewa kereta baiki dan tukar tayar.





Lunch kami di kafe Taman Buaya. Makan nasi goreng untuk Aqlan patutnya dia tidur pulak..sebelum tu elok je dia makan aiskrim pastu ngantuk terus tidur. Aku juga makan pau kacang. Apsal satu gambar pun takdak...nampak naa lapo..

Kami makan petang seafood di Restoran Nelayan Bukit Malut. Laki teringin sangat nak makan. So kami pengunjung ke 3. Mujur awal..sebab tiba2 ramai. Aqlan makan dengan laju udang goreng tepung.








yang ni free






pedas gila aku makan sesuap je pun..ikan sembilang masak asam pedas

sedap gila carrot susu



Malam kami jalan2 kat Chenang. Beli roti di kedai bakeri. Kot2 lapar malam2 sebelum tidur dan bolehlah buat bekal sarapan sebelum balik esok.

Last day, 10th May. Wednesday.

Minum kopi kat pantri lodge. Tapi tak habis..salah aku bancuh manis takleh telan la..kemudian ke Nasi Dagang Pak Malau. Ni port dia cantik. Makan tepi sawah. Tu je pun.



Lunch aku makan sekeping coq udang laki pulak 2 gerai dia try makan laksa ikan sekoq. Katanya dua dua pun tak tepati citarasa. Katanya Laksa Power lagi sedap.

Overall makanan kat Langkawi ni biasa2 je. Tulah dah terbiasa dengan kepelbagaian makanan di KL kan. Tapi korang kena cuba bronok tu. Rasa macam kat sana je ada. So kalau p Langkawi tak makan bronok tak lengkap laaaa..hehe..

Malam makan nasi arab Saba lauk kambing. Aku rindu nasi arab la...dah tentulah beli kat Cyberjaya.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.