Kasut Aqlan yang hilang pun dah berjaya dijumpai. Ada je bawah seat pemandu. Saja kan..nak beli sampai 2 kasut kat sini.. hihi.
Kami ke Laman Padi dulu..sebelah lorong keluar je pun. Takde bayaran..dan kami je pengunjung. Hari Rabu kot...siapa yang nak datang tengok padi macam kami? Hahaha.
Dah ada pulak bridge pendek2 kena pulak layan si Aqlan nak cross 2x. Itupun nak kali ke 3 aku tak layan dah. Menangis tarik2 tangan pun aku bo layan. Keraskan hati je..
Kemudian kami pump minyak untuk last...RM10 sudah...jadi jumlah pump minyak dah RM80. Haha...punyalah nak pulang balik ke owner kereta sewa tu dalam keadaan minyak blink2. Takpe blink2 bawak 80km sejam maintain boleh pergi 50km ok.
Jadi ke gerai Nasi Dagang Pak Malau. Nampak ada beberapa orang muda tengah sibuk shoot gambar ke video seorang pakcik ni. Ingatkan apalah..rupanya pakcik ni buat magic. Wang kertas koyak dicantum balik dalam genggaman tangannya. Beria dia datang ke meja kami panggil Aqlan... budak tu sibuk main Mekorama memang dia buat tak tahu jelah...aku pun bukan berminat sangat...laki dok rakan video aku pun tak up. Cam nothing to share.
Selepas makan sepinggan nasi dan teh ais yang dikongsi ---> kami nak cuba makanan lain lahi dan aku pun tak suka makan kenyang2 kalau dah nak travel balik.. kami ke kedai gamat Rojam. Punya banyak banner..so berminat nak tengok. Dulu2 aku dapat ke dapur sebuah kedai gamat lihat cara gamat dimasak dan boleh celup2 jari dalam tu..tak panas pun walaupun tengah menggelegak. Kali ni takdak atau sebab bukan musim cuti sekolah. Dah beli produk gamat tu (macam wajib kan kalau datang sini.. ) kami ke pantai Chenang. Laki nak makan laksa ikan sekoq. 2 kedai dia test..2 2 pun tak sedap. Katanya laksa power last time kami makan kat sini pun lagi sedap. Aku tak ikut. Ngantuk tidur kejap dengan Aqlan dalam keta..
Bila tiba Zuhur kami ke Masjid Al-Ehsan Temonyong. Inilah masjid paling bersih setakat ni...4 masjid dapat ziarah dan solat. ALHAMDULILLAH. Aqlan pun sempat ditukar pakaian sebelum balik.
Habisla jalan2 Langkawi. Kami cover hampir semua tempat melalui jalan2 kampung dan bandar..adalah lebih 500km jumlah perjalanan.
Sampai airport dalam jam 3 lebih..terus call owner keta sewa dan settlekan. Dapatlah balik deposit RM50. Hehe laki aku sebenarnya suruh aku tanya dapat tak kurang bayaran lagi sebab semalam kami dah hilang 2 jam akibat tayar pancit. Tapi aku tak tanya..so korang2 yang nak bawa kereta sewa kat Langkawi ni...adalah biasa melihat tayarnya botak...jadi berhati2 lah sebab bila hujan licin. Takyah pecut sangat enjoy the suasana kampung tu...layannn..
Di dalam airport sebelum masuk ruang menunggu aku makan dulu coq udang yang ditapau laki. Aqlan pulak dah dibelikan KFC. Oh laki ada juga singgah2 beberapa kedai dan cari minyak wangi sepanjang perjalanan pulang tu, tapi tak jumpa yanh murah pun...harga lebih kurang KL je.
Kedai2 kat Chenang dilihat sikit sangat yang dibuka awal. Kedai2 yang claim bebas cukai tu jam 1 petang baru buka sebab mostly kedai2 kat sini tutup jam 11 malam.
Masa menunggu, Aqlan dan aku rasanya agak menarik perhatian couple kat sebelah. Mana taknya budak tu kerja nak cium aku dan nak jadi sea turtle..sampai diorang minta bergambar dengan kami. Hahaha.. harap tumpang muka anak je kan..mak pak dah bam bam.
Perks bawak budak ni takyah beratur panjang2. Terus potong line sebab budak2 dan orang tua kena masuk plane dulu. So aku terus ke couple sebelah..dan diberi masuk dulu walau diorang dah beratur dulu. Aku pulak yang jadi lambat sebab kena kejar2 Aqlan pulak di meja pemeriksa tiket. Hujan rintik2 pulak nak naik tangga tu sempat lagi bergambar. Oklah Malindo ke KLIA bukan ke Subang. Plane normal. Kalau ke Subang naik propeller la...yang ada kipas besar di sayap tu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.