Kami bertiga je dirumah. Seorang tak puasa sebab belum mumayyiz. Jadi masak jugalah waktu siang untuk dimakannya. Apa yang dimasak campak2 tak rasa..sudahnya dia tanak makan...😯
Jam 4 ke Kedai Mak Jah di Ampang Jaya nun. Kita sebut nak makan kaswi..dibawanya laki ke sana untuk beli. Dah sampai lewat memang banyak makanan takde. Soto pun last mangkuk. Dapatlah kaswi dan bingka ubi. Anak makan nasi arab kat kedai berdekatan. Sepanjang balik ke rumah hujan lebat sambil menyuap budak dalam kereta.
Teh tarik special request kita buatkan la. Dah tu kita pun nak minum sekali. Amik ko..kaw kaw punya. Alhamdulillah semua makanan habis. Walaupun sayangnya kelapa kuih kaswi dah nak "jalan" dan sambal nasi arab pun dah berbau masam. Aku makan juga tapi tak bagi laki makan kelapa parut. Mujur diasingkan kuih dan kelapanya. Sebab dia tu mudah sakit perut. Satu hal lagi dia selalu fail nak bezakan makanan tu dah rosak ke tidak. Bantai makan je kadang2 tu..mujur dia tanya pasal sambal tu. Sayang betul kan.
Cadangan nak masak untuk berbuka...sudahnya masak untuk sahur je. Hehe. Tu pun pagi nanti jelah..sempat laki ke pasar borong selepas terawih. Jangan terlewat bangun sudah.. semalam pun cuma masak nasi dan goreng telur. Laki beli kari ikan di Pelita. Panaskan ajelah. Lama tak buat kari..
Bunga buat seri rumah...untuk suri rumah.
Sabtu, 27 Mei 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.