Wednesday, May 31, 2017

Kisah Ramadhan 1438H #5

Bangun2 je laki dah habis sahur. Elok nak solat subuh dah. Sian pulak makan sahur seorang. Maaflah tak dapat meneman. Kita tak tidur siang. So bila tidur tu memang nyenyak.

Atas permintaan laki dia nak makan nasi tomato. Tapi bahan nak masak tak cukup. Tunggu jelah dia balik. 4.30 petang dah boleh balik tapi katanya kerja banyak..kalau tak sempat dia makan nasi kosong dengan ayam goreng jelah. Alahai..

Elok nak dekat jam 6 petang dia sampai. Aku pun apa lagi segeralah masak. Yang penting nasi dulu. Ayam goreng last. Sambil tu masak pasta untuk anak. Dia tu kan kejap Melayu kejap Amerika.

Goreng juga karipap frozen sebab nak habiskan. Lagipun tak tahu nasi sempat masak ke tak.. mengikut waktu berbuka lah. Bila azan laki makan kurma. Teh tarik dan karipap. Lepas solat boleh dah makan nasi. Dia juga sempat beli kuah kari. Kuah kari ayam nyonya semalam dah memekat. Aku makan kasi habislah, sayang pulak. Hehe. Sambil tu suap Aqlan makan. Dia ni kalau tak suap banyak yang jatuhlah..nanti aku juga yang marah2. Ok..pasta dengan sup cendawan letak susu. Alhamdulillah elok pulak takde muntah. Kadang2 bila dapat tengok anak makan tanpa menolaknya itupun dah cukup bahagia.

Lepas terawih tak jalan2 dah. Laki penat sangat...

Ohhhhh tengahari tadi bunyi krik2 dari bilik menjahit. Cik ti la tu. Macam mana dia masuk aku duk fikirkan..hurm kena bagitahu laki untuk buat operasi la. Cik ti ni memang suka makanan kucing. Dah kucing balik kampung takdelah makanannya yang terdedah. Tu kebulor la tu. Bila dibuka pintu belakang cari punca dia masuk pun takde. Tapi nampak pulak tupai terperangkap. Eh tupai pun sibuk nak makan makanan kucing. Jadi laki nak bubuh perangkap pun kena hati2 sebab kita tanak racun tupai. Dan Aqlan first time tengok tupai live terkial2 nak keluar.. kat ruang belakang tu pasang dawai halus2 untuk elak kucing lain masuk dan kucing peliharaan cabut lari..

Aku pulak risau cik ti ni bawak penyakit. Dah la anak aku kecik pastu kami memang banyak stok makanan kering untuk dimakan dan dijual. Haish cik ti silalah pergi..

Ni kakak yang masak. Katanya jauh sangat nak hantar..dia duduk kat Losong, KT nun...aku suka kuih ni tau. Hantar thru telegram jelah...😂😂😂

Wayar internet sambung di PC habis digigit cik ti...🐀🐁
Previous Post
Next Post

About Author

10 comments:

  1. Baca sampai habis takde kisah kuih Cik Mek tu...rupa2nya gambar je...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kuih kakak buat, kita pinjam gambar je

      Delete
  2. Akk pantang cik ti datang rumah..memang sampai ke lubang cacing akk kerhakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusla, saya memang harapkan suami je..

      Delete
  3. jilat sreen je laaa klu hntar thru telegram hahaa.

    ReplyDelete
  4. nasib ada kucing kat rumah & luar rumah...dh lama sy xdgr bunyi cik ti kat umah sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing kat rumah ni tak berfungsi tangkap cikti

      Delete
  5. saya duduk kampung memang kena bela kucing..kalau tak memang bersepah cik ti tu

    Pengalaman JELITA Tentang Set Ramadhan Shaklee

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.