Tuesday, May 30, 2017

Kisah Ramadhan 1438H #4

Laki bangun sahur sorang2 jelah hari ni. Elok pulak alarm aku bunyi juga. Meh aku off kan dulu..haha..

Dia sahur makan nasi dan kari ikan Pelita. Semua dipanaskan saja.

Aku sebenarnya teringin nak masak sambal patin goreng tapi sebab mengenang laki mintak kari ayam aku masaklah kari ayam nyonya. Tah hapa2 berapa kali keluar rumah.. sidai baju.. dah masuk keluar balik ambil daun kari. Masuk keluar balik ambil serai.. last sekali patut ambil daun limau purut aku dah malas... sebabnya tudung dah campak masuk bakul baju busuk.


Kari ayam nyonya ni senang je.. macam orang tua2 cakap.. campak2 je..ha la...2 jam juga aku kat dapur..sebab nak tunggu ayam betul2 empuk dan kentang lembut. Api kecil je.. eii tataula kalau pecah minyak ke tak..sebab selalu terjadi pecah minyak. Ni 2nd time masak kari ayam nyonya so laki janganlah mean sangat bagi komen nanti. Aku tak masuk pertandingan masak..tapi nak menandingi hati laki je...cia cia cia..

So perkara baru lagi untuk Aqlan. Nampaknya dia suka makan ikan pulak kali ni. Tapi tempura. Ikan goreng tu memang taklah.. patutlah beli nugget ayam selalu tak habis. Chicken chop pun makan yang bahagian garing je. Aiii ko jangan memilih sangat nak.. ibumu dulu makan nasi dengan telur goreng kicap je jalan... yang penting ada makanan.

Waktu berbuka kami semua makan sama2...walaupun ada yang tak puasa..kan makan bersama tu penting. Jadi aku cuba suap Aqlan makan nasi dengan kari ayam nyonya. Dan nampaknya dia suka. Alhamdulillah sebab aku risau dia tak akan makan sangat makanan yang kita dah biasa..

Sebelum berbuka tadi sempat juga laki tanya baju raya apa you nak pakai..aku cakap baju batik jelah..yang dah ditempah berbulan sudah tapi tak pakai2.

Bila dah dia ke dapur basuh pinggan boleh pulak dia cakap I tanya u tadi kot2 u nak i belikan u baju raya...aiiiii geramnya aku.. adakah aku sudah melepas mendapatkan lagi sehelai dua baju baru? 😂😂😂😂😥😤😣 kenapa laki aku cakap berkias2 macam perempuan. Kenapa tak cakap direct je sebab aku ni buka faham sangat orang berkias. Ooo.

Lepas terawih pergi minum kat McCafe. Bagi chance Aqlan main slide.


Laki mintak masak nasi tomato pulak...
Previous Post
Next Post

About Author

6 comments:

  1. anak kita pun suka makan ikan, ayam2 ni kurang dah..sekarang apa2 ikan, ikan lauk kicap pun jalannn

    ReplyDelete
  2. apa beza ye nyonya style anis?anak2 sy dua2 suka kari....

    ReplyDelete
  3. adoiiii.. melepas makkkk..
    tak pe, kenen yang lain2 pulak..
    bagi ler recipe kari nyonya tu.

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.