Rabu, 24 Mei 2017

Spotlight Dah Ada Di MyTown La

Selain Ikea aku juga suka ke Spotlight. Yang first dulu di Ampang Point kan ralit. Kemudian di Mines dan di Ikano pulak. Terbaru kat MyTown la.

Tak pagi2. Pergi malam2..memang syok tak ramai orang.

Sabtu tu aku pergi Ikea sebab nak ke Spotlight juga. Tapi nampak kedai macam tak buka lagi. Aku yakin 20 May buka. Sebab sebagai pemegang kad VIP ada sale untuk member la...so aku tahu melalui emel. Sedih...kami pun balik.

Ahad tu datang nak beli pokok semula dah Maghrib kenalah pergi solat. Staff Ikea cadang ke surau MyTown sebab orang beratur panjang di surau Ikea. So otw ke sana baru tahu rupanya yang nampak semalam tu bukan lokasi kedai. Tu macam banner besar tampal kat dinding. Kena pergi jalan jauh sikit tingkat 2. Gegegegege... ok surau MyTown kat tingkat 5. Ada lift direct ke sana...sedih satu je..air kat wudhuk area kecil weh..yang lain semua ok..aircond pun sedap je...


Masuk Spotlight aku aim bantal la. Bantal peluk untuk diambil isinya untuk buat kusyen. Beli 2..satu RM19.99. Lebih 1kg tu. Untung weh murah..oh sale grand opening sampai 28 May je pastu naik balik harga. Aku juga beli bekas transparent untuk isi mainan Aqlan. Nak beli yang Ikea punya rasa mahal sangat pulak. Mata aku dah sakit tengok mainan budak tu. Selama ni pun masuk kotak yang guna masa pindah. Hehe. Jadi lawa la sikit..50 liter RM21.99. Beli 2 je.. sempat juga beli mangkuk untuk makan megi RM3 je..

Bila balik rumah angkut barang2, adik ipar aku berkenan pulak. Dia pun nak pergi nak beli..

Tulah jadi kisah pergi lagi sekali. Dah sebelah Ikea je pun. Hehe..



Tak faham apa ni? Rupanya untuk letak bawah pintu bila musim sejuk..perlu ke kat Malaysia ni? Ni takdak sale.. RM44.99 kot satu....

Kalau ko gila periuk ni baik ko beli. Bagus...tapi aku periuk elok masih banyak..tahan jelah diri..

Ni lah bekas transparent tu. Untung sangat2...

Distraction. Buat kraf..tapi tahan diri juga. Hahahaha..

Bila pergi dengan dia ni boleh jadi beli barang tak perlu tau. Tapi aku berjaya tahan diri. Cuma beli lagi bekas tu lagi 3 sebab laki pun kirim nak jugak..aku beli juga hanger sebab murah berbanding harga kedai biasa. Baju semua hanger kan tak kuasa nak lipat2.

Maka selepas shopping ni aku rasa aku patut berhenti dulu la ke sana...gila ke apa...lagipun dah nak masuk bulan puasa..baik puasakan nafsu shopping tu semua sekali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.