In Best Product

Ke Ikea 3 Kali Minggu Ni!

Kegilaan apakah ini.. Pergi banyak2 kali macam alah tak beli tu..lupa beli ni..

Okay mula2 sebab utama ke Ikea mak mertua yang nak beli barang. Jadi Sabtu pagi jam 9.38 pagi dah bertolak. Ramai2 lah kami ke sana untuk bersarapan terus. Lepas makan meatballs, Chicken wings, kek dan 2 cawan kopi barulah nak masuk showroom.

Jalan2 dengan mertua dan anak ni kena ikut pace la..

Aku nak beli rak untuk dapur..ya dapur lagi dan lagi...mula2 jumpa rak yanh biasa beli tu tapi sejenis kena potong separuh RM49 kot. Biasa yang penuh tu RM69. Ambil nombor je dulu..

Dah last2 jumpa pulak rak lain yang berlaci jenis besi sama RM34.90 je...wahh murah ni. Aku rembat 1 je..hehe..oh sebelum tu dah ambil pokok daun puding aada kaler pink harga RM9.90 cantik nak buat hiasan dalam rumah.

Sudah sampai rumah baru sedar dah tertinggal.

Maka Ahad lepas asar kami pergi sekali lagi. Kali ni aku dan laki je.. so claim di bahagian khidmat pelanggan nak ambil gift card berjumlah RM9.90 tu. Sebab pokok semalam tu dah takde...hahaha...dah kena pulang ke rak la..

Bila masuk2 balik dah takde...tinggal yang harga RM12.90 macam besar pulak aku tanak. Sebab nak letak kat meja makan je dulu. Sudahnya beli pokok lain..dan laki tambah lagi pokok lain. Dua pokok jadinya. Aku pun beli pokok jenis lainla..hijau semata takde pink2 kaler dah daunnya.




Bila balik dan bertukar2 cerita dengan family group keluar pulak kisah drawer yang aku beli tu. Ada satu kedai kat Durian Burung, KT nun jual barang2 Ikea. Kira depa ni beli banyak2 kat KL bawak balik sana dan jual mahal sikitlah..kakak aku kenan satu. Tapi dia ingat mahal...last2 dia kirim pulak..aku pun pergi Ikea lagi sekali belikan untuk dia.

Sebab dia beroda..kalau tak pasang roda dia senget sebelah. Untuk elak tergelincir letak coaster ni.


Bekas ni dah takde stok..sedih..aku suka letak macam2 jenis tepung.

Rak ni berlaci 3 ada roda 2 kat belakang dia. Laku sangat2 di Ikea. Sabtu banyak...Ahad dah kurang, Selasa dah banyak semula.

Dan yang best pergi Ikea ni salah satunya sebab boleh claim 2 cawan kopi free setiap hari. Hehe. Tapi kena ada family card member la. Kopi dahlah sedap. Aku mampu 2 gelas je minum pun..

Bancuhan sedap 2 sachets krimer dan 3 sachets gula

Pilih meja dekat tempat air..memang terbaik

Selasa takde orang minum kopi rasa macam di istana lama2

Kopi oh kopi

Tapi bukan ini aje sebab ke Ikea sampai 3x!

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...