Jumaat, 12 Mei 2017

Toklek At Sri Damansara

Kami ke area sini sebab nak ambil kuih tart nenas Jali Jali. Memang selalu beli dengan kawan IG laki..nama dia di IG Nurmiracle. Sila DM dia sendiri kalau nak..tapi rasanya tempahan untuk raya dah ditutup..tahun ni kuih naik RM39 sebalang!!! Kuih tart dia sedap gila kot...

Dah ambil kuih tart tak tahu nak makan kat mana. Sebab tak pernah makan area sini. Selalu lepas pick up kuih balik terus atau makan area nak balik rumah.

So kami ke kedai Toklek..namanya pun aku rasa kedai orang Kelantan ni. Pengunjung pun ramai jemaah balik masjid ni. Family...oklah kan..

Pemandangan dalam kedai ni cozy dan bersih...so kami chill sangat.







Harga....wuhoo sangat terkejut ya.. RM25 je. Untuk air bandung soda, teh o ais, bihun goreng, koay teow goreng daging dan koay teow biasa. Kan bagus kalau ada kedai macam ni kat area kami duduk...

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.