Jumaat, 26 Mei 2017

Sabar Tu Ada 3


  1. Sabar melakukan perintah Allah.
  2. Sabar menghalang diri dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah.
  3. Sabar menghadapi ujian dari Allah.


Bukan mudah nak sabar. Sebab tu ada hadis menyebut "Sabar itu separuh dari iman".

Setiap tingkat sabar ada darjatnya. Sabar yang pertama 300. Sabar kedua 600. Sabar ketiga 900. Jarak antara setiap sabar ialah 500 tahun.

Sekian tazkirah yang dikongsi laki yang balik dari dengar ceramah di masjid. Teringin nak pergi tapi kena sabar besarkan anak dulu. Dia tak reti duduk diam sangat. Kalau ibu dia naik hantu satu pahala sabar pun takde.

Oh ya pahala sabar tu dapat bila kena tak amarah langsung. Tak dikira jika dah maki hamun baru nak cakap sabar banyak2 kat diri sendiri..

Sabar2 jelah nak balik kampung buka puasa dengan keluarga tu. Aku tahu mesti jalan jem..kan cuti sekolah 2 minggu..sabar jelah.


Neneknya si Aqlan sentiasa bersabar dengan cucu yang suka main barang tembaga dia bila datang rumah serta berebut kerusi kecil yang dia tengah duduk tu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.