Ahad, 28 Mei 2017

Kisah Ramadhan 1438H #2

Bangun jam 4.20 pelik kenapa jam loceng tak bunyi. Rupanya set jam 4.25am. Ingat nasi dah ready sebab dah set timer semalam.. rupanya nan hado..! Jadi tekan jelah balik Quick cook 25 minit. Sambil2 tu goreng ikan cencaru dan sayur buncis kicap. Buat air nescafe..penangan teh tarik semalam dahsyat..tak leh tidur.

Jam dah 5.20 tapi belum siap masak nasi..apahalllll..Sudahnya kami senduk juga. Sebab nasi dah masak cuma belum kering sepenuhnya.

Jam 5.35am baru nasi tu masak sepenuhnya. Haha..haru kalau tunggu juga tadi...maka belajarlah bahawa timer tu tak jalan dan nasi herba ponni masak lebih kurang sejam. Walaupun dah set 25 minit. Hahahaha...

Lepas subuh dapat tidur akhirnya. Aqlan dah bangun tapi suruh dia tidur balik...kami mengantuk weii..

Jam 10 pagi kami ke Plaza One City cari telekung lagi untuk Mama.



Kedai ni jual harga borong terbaik

Pilih telekung macam2 warna ada

Biasalah pompuan membeli belah kaum lelaki kena buat hal sendiri..hehe..aku pilihkan warna je...yang bayar tetaplah laki..syok ek walaupun bukan untuk diri sendiri. Eh dah macam personal shopper pulak aku ni. Siap semua jam 11.30 kami balik...

Sampai rumah buat preparation untuk masak rendang ayam. Apa ke hal semua nak masak rendang ayam kan..ni kes terliur tengok kat IG lah...aishhh... dessert nanti lah...cuaca pun panas lit lit..

Sehingga bersambung lagi cerita lepas terawih...Insyaallah.

Tak dapat tidur pun..jadi lepas angkat kain, ambil serai kat luar rumah dan mula preparation untuk masak. Sambil2 tu masak jeli. Laki suka jeli ni..senang je ha. Dah masak rendang takkan nak buat karipap pulak..

6.30 petang semua dah siap...tiba2 makanan Aqlan takde. Takkan nak bagi makan rendang.. maka sambunglah masak ayam crunch untuk dia.

Jadi dapatlah kami makan bersama...rendang ayam, jeli dan teh o pudina. Dan laki yang lagak macam juri MKR terus bagi komen pasal makanan. 😂😂😂



Lepas dia balik terawih kami makan aiskrim pulak...boleh tahan dessert malam2. Akhirnya barulah mengantuk...ni semua kes teh..teh kaw kaw..

4 ulasan:

  1. sedap rendang tu anis....ramai plak masak2 rendang pose2 ni ye...heheh
    sy kalu pose ni risau je kalu terlajak sahur...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.