Khamis, 11 Mei 2017

Settle Tukar Nama Di Geran Kereta


Hahaha kelabu asap je gambar. Tulah gambar curi2 ambil.

Dah cop batal loan bank untuk Baby. Buat kat JPJ Bandar Manjalara. Takde orang sangat pun.

Sebelum tu jumpa mak sat..mak nak p duduk rumah kak Ma kat KT nun. Bagi mak sedikit ole2..mak pun bagi kita ole2 balik. Hehe..

Balik rumah cuci kain 4 round..maklumlah cuti panjang bawak balik baju busuk dan baju busuk sedia ada sebelum bercuti.

Muka dah merah terbakar sikit..memang tak pakai apa sunscreen pun masa di Langkawi. Punyalah malas..just spray face mist dan pakai bedak..ko ingat cuti2 ni nak melawa sangat ke...memang la nak melawa tu pagi je..lepas dah solat zuhur..memag hilang semua..hahahaha..

Cerita Langkawi memang akan ke tarikh ke belakang...dok buat draft je tapi satu gambar tak upload. Nak kena pilih guna PC la. Besar sangat saiznya..

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.