Sabtu, 8 Julai 2017

Makin Tua Makin Sensitif

Hahahaha tajuk tak boleh blah.

Ini memang akan berlaku kepada semua manusia yang meningkat usianya. Naik LEVEL untuk perkataan yang lebih awesome berbanding TUA.

Adakah aku sensitif? Buat masa ni belum. Gurauan kasar tu aku boleh je terima. Aku sensitif bab2 agama kot. Aku tak suka bila orang cakap aku murtad sebab aku tak tahu berdialek Pahang. Aku memang lahir di Pahang, tapi parents aku orang Johor+Singapura. Jadi aku bercakap memang bahasa kebiasaan. Kalau dengar kawan2 cakap loghat Pahang yang pekat tu aku pun blurred. Please la guna perkataan yang lebih sesuai. Murtad tu macam tahap kena bunuh, tahu?

Ada juga perbahasan ilmu agama yang aku tak boleh nak hadam. Sebab berdasarkan pelajaran dari tok guru aku tentu tak sama dengan tok guru masa kini. Ada yang aku rasa merepek atau menggunakan agama twist pulak demi untuk mempertahankan kejahilan tu aku tak boleh terima. Tolong jangan ambil enteng tentang "Islam agama yang mudah". Jangan bodoh dan jahil tak nak menuntut ilmu agama. Jangan kata tanak terima ilmu sebab nak terus jahil dan buat dosa. Alasan tak tahu..jahil agama. Hoi dulu2 nak menuntut ilmu agama susah. Tunggu pendakwah2 datang menerangkan. Sekarang bersepah medium untuk mendapatkan ilmu agama. Jangan kau salah tok guru sudah. Yang mengikut kepentingan nafsu dan duniawi masing2.

Hiduplah secara wasatiah.

Eh apa kena sensitif dengan ilmu agama? Mestilah sensitif kalau ada yang cuba memperkotak katikkan adab dan amalan Islam. Sepertinya masa bulan puasa lalu aku masuk restoran untuk beli makanan anak, suapkan dia di kedai tu. Boleh pulak nampak wanita bertudung order makanan. Dan makan di situ. Kata adik iparku, lelaki yang meneman wanita tu pulak tumpang makan sekali. Apa cerita? Lagi satu kedai minuman kopi mahal aku masuk untuk beli roti bagi anak makan juga, ada beberapa wanita bertudung tanpa segan duduk2 makan dan minum di situ...wahhh mana perasaan menghormati bulan Ramadhan tu? Adabnya mana?

Adab ialah pelajaran pertama yang diajar di sekolah. Adab juga telah dididik ibu bapa sejak kecil lagi. Aku juga kadang2 lupa nak beradab dengan anak aku. Rampas ipad tak bagi main. Jadi bila dia nak rampas hp aku, aku marah. Eh bila fikir balik aku pun tak ajar dia adab. Lain kali kena cakap dan minta elok2. Sebab mereka ni meniru apa yang kita buat. Apa pun sejuk hati hari ni bila nak solat aku cakap pada dia, ibu nak solat. Dia pun bentangkan sejadah. Tapi ibu nak mandi dulu, dia pun hantarkan aku sampai ke pintu bilik air dan tutupkan pintu. Ya hati aku sensitif. Kadang2 keluar air mata sebab anak. Tapi kita ibu jangan sakit hati dengan anak sebab nanti dia dapat dosa. Sebaliknya muhasabah diri balik kenapa kadang2 dia tak dengar cakap dan kurang beradab.

Mari..kita didik anak supaya beradab. Biar dia miliki akhlak terpuji.

Coz you always be my baby.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.