Sabtu, 5 Ogos 2017

Lama Tak Meluah Perasaan..

Kalau tak hari2 nak up cerita. Kalau takde diam aje. Tapi cam dah 3 hari la pulakkk..

Gambar baru pun takde ambik. Padahal macam2 je buat...

Selepas up entry dermatitis tu kan kita tak sihat balik. Bila cerita2 dengan laki katanya akibat dari makan ubat untuk gatal2 tu. So bila makan berterusan badan jadi penat. Letih lesu. Satu hari ok, esoknya letih satu hari. Dah tu bilanya nak siap kemas rumah. So kita stop makan ubat gatal tu. So hadap jelah gatal2 akibat Dermatitis ni. Macam ruam budak tapi bila datang gatal meghenyam tu yang nak garu je. Udah tak lawa kulitku...

Malam Khamis pergi jumpa mak kejap di Kota Damansara. Nak hantar rak Ikea yang mak nak tu. Elok pulak ada anak buah kat situ si Ema san adiknya Suria. Katanya esok nak bawak nenek balik Penang. Kemain mak aku. Baru je balik dari KT sempat bagi aku sebungkus besar keropok pedas manis tu. Abang aku beli TV baru dan pasang Astro. Gitew budak2 ni layan GOT. Aku tak minat drama tu. Tengok sekali je dan amendeeeee laaaaa...


Khamis pergi beli buku untuk anak di Shah Alam. Nama kedai tu MRKB Agency. Buku2 sangat banyakkkkk...aku menahan diri je..sebab aku suka buku jugakk..lepas tu terus pergi lunch.

Kat sini ada Buku Fixi yang dah tak diterbitkan lagi..ha sape nak buat koleksi penuh tak cukup tu datang sinilah.


Pastu pergi Karysma beli barang2 jahitan. Anak buah tempah buat seluar jeans. Kenalah aku study ya. Aduh dah jahit sikit benang putus la. Sangkutlah..padahal dah ikut semua step. Guna jarum khas. Benang khas. Tah mengantuk kot...last2 aku tido jam 4.30 semalam.

Hari Jumaat pasang cadar semua untuk sambut Mama datang. Hari tu kan basuh semua cadar dan sarung bantal dia. Kemas2 bilik. Tunggu Mama datang dan nak bincang2 pulak apa barang dia nak kita tolong sortkan mana nak lagi mana tanak dah. Aku ni kan datang rajin semua aku nak kemas. Kalau takkk memang berhabuk jelah..

Pastu hari ni dah ok balik sambung kemas bilik beradu aku pulak. Tukar2..alih2..hahaha.. aku memang mudah jemu. Dan selagi tak puas memang nak alih je. Masa buat2 ni semua Aqlan takde. Ikut abahnya keluar. If ada dia tu memang sukar sikit nak kemas. Ni aku nak tunggu laki buat spring cleaning dia punya barang pulak. Aduhh dia punya barang lagi banyak dari aku.

Lepas Mama tiba dan rehat2, lepas maghrib kami pergi makan seafood kat Restoran Tasik Idaman kat Bangi nun. Satu gambar pun tak ambik. Nampak tak lapar..order bihun untuk Aqlan dia makan nasi dengan udang butter. Makanan sedap dan murah. Kami amik ikan pari masak pedas, ketam, lala, siakap stim, udang butter, nasi putih 4 pinggan, bihun goreng, tembikai laici 2, laici, barli panas 2, sirap limau dan ais kosong. RM137 je kata laki wow...aku makan sikit je. Percayalah dah naik 40 ni memang kurang makan. So ada harapan nak kurus sikit kot. Hahahaha..

12 ulasan:

  1. kena luah perasaan.
    Jangan pendam perasaan.
    Tau tak salah satu sebab kita mendapat gatal2 kulit adalah kerana stress.
    So jangan pendam perasaan untuk elakkan stress.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well said WP. Tak luah kat sini..sini luahan biasa je..hahaha..

      Padam
  2. take care dear..
    jangan tidur lewat2 sangat.
    hope everything will be ok soon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab tidur lewat tu saya akuilah. Sebab bila dah hari2 memang jadinkurang tidur dan sangat penat.

      TQ Kak Yan for the advise.

      Padam
    2. sakan ibuum gi jenjalan yer.

      http://ainniah.blogspot.my

      Padam
    3. Surirumah memang bila dapat jalan dia punya happy semacam.

      Padam
  3. Takde yang salahnya dengan entry luahan perasaan. Kadang2 tu kalau dipendam bertambah stress jadinya.

    Take care ye dear :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Sudah sihat. Dah stop makan ubat tu. Pelik kan doktor juga yang suggest. Kenapala bagi ubat yang meletihkan.

      Padam
  5. Kawan saya pun kena penyakit gatal2. Gatal sebab alejik. Bukan garal kerana lain. Dia guna kream sapu. Nama kream tu Elomet. Tak taulah Anis sesuai ke tidak dgn kream tu. Kalau anis gatal2 bukan keran alejik, jangan guna kream tu.

    Kedai buku tu saya tau. Saya kan duduk di shah alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya alergik cuaca panas. Macam mengada tapi dulu2 kena denda jemur tengah panas..habis je terus demam. Lama juga kena diri tu..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.