Jumaat, 12 Ogos 2016

Mana Nak Dapatkan Stok Penjagaan Rambut Marini Naturalémagic

First time dulu aku beli melalui whatsapp je. Pergi rumahnya dan bayar cash, collect barang. Kalau nak dipos boleh aje. Tapi aku kalau selagi mampu pergi, aku pergi. Lagipun laki aku sentiasa menyokong. Hahaha.

Kemudian aku tertanya2 la produk ni takde ke ejen yang dilantik..dulu dia ada buka kedai di TTDI. Ada juga di Kg. Baru. Macam jauh kan nak pergi selalu tu. Kemudian aku dapat tahu ada dijual di The Labels di Tesco Mutiara Damansara. So aku pergi sanalah.

Dah kena turun sorang2 sebab laki nak cari parking, Aqlan pulak tidur. So aku dah lama tak kesana dah berpusing2 manalah JM Briani sebab kedai tu sebelah je. Sekali dah jumpa, owner kedai tu terus cakap "cari produk Marini ke"? Aku pun macam terkejut haha. Macam mana dia tahu ni. Katanya tahu...nampak macam tercari2 tadi. Hehe.

So aku nak beli set rambut tu. Tapi hair mist dah habis. Baru restock hari ni dah habis katanya. Dari situ kami pun berborak panjang lebar pasal produk Marini Naturalémagic dan kesan penggunaan pada diri kami. Okay ni bukan iklan jugakk. Ni nak cerita pasal apa aku suka sangat produk ni.

Rambut aku memang dah lama menipis. Sejak 10 tahun lepas kot. Salah satu habit buruk suka cabut rambut gatal. Aku juga ada jerawat kat kepala. Haaa jerawat aku tak tumbuh kat muka dah...dia tumbuh kata kepala atau leher. Katanya mana jerawat tu tumbuh..adalah kesan part organ dalaman yang bermasalah. Tak tahulah aku malas pulak nak google apa masalah dalaman organ aku. Kekeke.

Jadi jerawat yang tumbuh kat kepala ni dia memang kat tempat sama je. Dia kering..pastu jadi balik. Aku pernah pakai ubat farmasi. Tak jalan.

Pasal serum Marini ni kesannya memang ambil masa. Aku baru pakai 6 bulan. So far aku puas hati. Rambut yang botak kat satu part kepala aku pun dahacam tumbuh baru. Sorryla taknak tunjuk before and after gambar kepala aku. Hehe. Cukupla laki aku tengok dan kata tak botak..maksudnya dulu boleh nampak terus..ok...

Hair Mist pulak rajin2 sembur kat rambut, so rambut aku yang kering dan kasar dah lembut. Yang best part, dulu2 pakai telekong kalau tak pakai serkup mesti rambut tajam2 menyucuk tembus kain. La ni aku dah lama tak pakai serkup dalam sebab bila aku sentuh2 bahagian tocang takde rambut menyucuk keluar. Malah rambut aku juga dah takde tertinggal di bantal bila bangun tidur. Kalau tak...bangun je rambut mesti gugur..belum lagi sikat rambut. Nangis tengok. Katanya 10 hari sehelai gugur normal. Rambut ada beratus ribu. Tapi kalau hari2 gugur cam berpuluh2 helai apa kes..

Dan shampoo pun bila dah bilas tu takdelah banyak gugur. Kan kalau dah nak bilas rambut suka sikat2 guna jari maka tertanggallah...la ni tak banyak..kurang banyak sangat. Ya Allah pasal apa lambat sangat guna produk ni padahal dari tahun lepas aku dah belek IG dia.

Mestilah nak habiskan apa yang dah dibeli kan..jangan membazir. Tu konsep aku..

Yang pasti produk dia harum. Walaupun buatan sendiri je. Harga pun mampu milik kalau dibandingkan dengan produk organik luar negara.

Shanpoo dan conditioner masing2 RM38. Sabun Gebu RM10. Eye balm RM35 dan Lady V Oil RM70. Habislah RM191...

Kedai ni jual baju sebenarnya. Tapi aku dah tak tertengok baju2 dia. Lagipun dah habis mak RM200. Next tima nak kena pergi lagi la..owner dia peramah sangat. Aku ni kalau orang layan aku baik...ermmm memang mengundang aku datang balik je.

Kemudian aku sesat juga nak ke The Curve. Siap pakai GPS. Hahaha. Betul aku sampai masuk parking Tesco which is dah seram masa tu dah kurang orang. Eiii tu pasal pakai GPS la. Ngek betul patut dari The Labels terus ke depan jelah. Yang aku pulam pergi ke terus ke kiri kedai. Salah faham dengan arahan laki.

Jumpa diorang kat play area sebelah tandas.


Lepas tu makan di Paddington. Tak sedap. Terus terang cakap tanak pergi dah. Laki aku loya sampai ke sudah.







2 ulasan:

  1. bagus ek shampoo tu, aku nak cuba lah...pls share thru WA group ya hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sangat wak..ni lah produk yang aku cakap nak pergi bila jumpa korang nanti..tapi aku dah tak tahan sebab stok aku dah nak habis..k kita sambung..cerita penggunaan barang2 lain nanti2. Haha.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.