Selasa, 28 Mac 2017

Asuh Anak Tutup Aurat

Nak mengasuh anak tutup aurat sejak kecil walaupun anak tu lelaki. Masa baby memangla tak berdosa pun budak tu nak pakai seluar pendek ke. Belum mumayyiz. Belum diwajibkan untuk menutup dan menjaga aurat.

Aqlan sejak naik umur ni satu yang ketara dia tanak pakai seluar pendek dah. Kecuali kalau dah terpaksa. Macam kes nak kena tukar seluar dia tapi apa yang ada beg hanya seluar pendek jadi dia terima jelah. Buatnya pakaikan semasa lepas mandi..aku toleh kejap je seluar tu dah ditanggalkan dan dia pun pergi ke almari cari seluar panjang. Seluar slack ke jeans ke pijama ke sweat pants ke takpa asal bukan pendek.

Jadi bila lihat ni aku pun tersedar juga..betapa aku kadang hanya menutup aurat bukan menjaganya...

Dan paling sedih dan membingungkan beberapa lama jugakla aku ambik masa tenangkan diri bila tahu aku wajib tutup aurat depan pak mertua memandangkan dia tu bapak tiri laki aku je...uish dah 4 tahun lebih aku buka aurat depan dia..takdak sapa tegur aku..aku yang terasa sesuatu dan patut cari jawapan.

La ni kalau mertua datang kenalah pakai tudung dalam rumah..mulalah unsur2 malas nak duduk tingkat bawah dan bergaul mesra..

Biasalah nak tutup aurat ni banyak je godaan dan bisikan syaitan...

Meh meh nak kipaskan kamu

Kalau dapat anak perempuan ni lagi berat aku nak kena asuh dia jaga dan tutup aurat.

2 ulasan:

  1. kan anis?? nak2 mcm apa je..konon pakai tudung, tapi pakai tiset lengan pendek (dalam umah ada BIL).. jenuh jg nak ber-long-sleeve 24hrs kan.. tapi aurat tetap aurat... tiada kompromi! subhanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah....dah biasa pakai lengan pendek je, kepala tu tutup elok je..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.