Siapa masih pakai putik kapas untuk korek telinga? Korang tahu tak bahaya korek keluar kotoran telinga dengan putik kapas?
Kotoran yang cuba dikorek keluar tu sebenarnya sedikit berbanding yang makin masuk jauh ke dalam. Dan mengakibatkan masalah pendengaran.
Dan mengorek telinga tu tak patut buat hari2. Buat time gatal sudah!
Dahulu aku pernah beli yang macam besi halus tu di pasar. Dah lama hilang sejak pindah randah.. la ni aku pakai yang beli di Daiso aje..masa tu masih harga RM5.30. Sekarang dah naik harga ya Daiso. No more kedai RM5.
Yang ni siap ada lampu LED. Boleh la korang suluh lubang telinga sesiapa yang nak dikorek kotorannnya. Kalau pakai sendiri memang tak dapatla tengok. Hujungnya seperti dari silikon. Lembut aje.
Dulu2 masa kecil korek telinga sapu Brylcream kat hujung putik kapas tu dulu nak kasi sejuk dan lembut. Haha.
Namun aku masih ada je putik kapas biasa..laki dah sound jangan bagi Aqlan guna. Eh eh.. bab2 membersihkan anak ni kan kerja mak mak. Memang ada putik kapas baby yang hujung tipnya sangat kecil. Aku pun takdelah nak korek telinga dia sangat kecuali bila dia gatal2. Jangan korek selalu..nanti gegendang telinga rosak...
Rabu, 15 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.