Ok setiap malam Sabtu keluar jalan2 tengok lampu. Kalau takde hujan lebat atau ada hal mustahak. Jalan2 ni tak wajib tapi kalau sepanjang Isnin Jumaat duduk rumah je., mahu lemau.
Aiskrim. Dah jadi habit juga makan aiskrim satu tub. Selalu beli Wall's selection. Mestilah coklat atau pun ada Hershey's tu lagi baik. Hehe. Aiskrim ni setiap bulan juga makan satu tub. Erk erk..suka makan aiskrim lepas makan malam. Layan makan dengan Aqlan dan laki. Memang syok. Kadang laki takde, kami berdua habiskan..
Buat baju. Oh seronoknya menjahit. Paling seronok bila dapat gunting dengan betul dan jahitan kemas. Bila laki dan anak pakai memang happy...dan bila dia gembira dia akan usap2 baju tu masa dipakai dan cakap happy happy dengan muka penuh happy...ahahaha butterflies in my belly!
Laksa masih belum move on. Juga nak cari cendol sedap tu kat Kuala Kangsar. Berapa kali dah pergi kedainya tutup..
Buat inti karipap sedap dan fikir nak buat banyak2 karipap dan samosa lagi kemudian frozen kan. Bila nak makan boleh goreng sikit2. Dah jimat.
Buat kek buah. Pertama kali ok. Kali kedua gagal. Kali ketiga ni nak buat bila tah...bahan semua dah ada.
Rasanya paling susah jahit seluar untuk diri sendiri. Selalu tak kena tang crotch tu. Kalau untuk anak senangla..dia badan leper. Hihi.
Berbelah bagi nak beli produk untuk kulit muka buatan tempatan ke Korea. Ahahaha..aku dan barang Korea sangat ngam! Tapi aku juga nak menyokong barang tempatan. Especially produk tanpa testimoni berbayar. Berapa ramai yang tertipu dan placebo je sebenarnya....
Menahan diri dari beli online. Berjaya untuk 3 bulan ni. Yahooo.. semua tumpang kat akaun laki. Jadi ya duit sendiri jimat..kekeke.. apa nak buat..surirumah kan. Tapi kita pun takdelah minta pelik2...kita minta belikan Milo, potty train anak, panties dan bengkung.
Tapi hakikat suka tengok barang skincare secara online memang tak dapat dinafikan. Tengok barang mekap juga.. produk natural handmade..adoiii...basikal pun tengok..
Sabarlah.
Beg ni beli besar sangat..rasa nak jual tak pernah pakai langsung. Agak2 ada tak sesiapa nak beli..semua benda boleh sumbat.. brand Guess. |
Wah..pandai menjahit. Pada akak lengkaplah seorang wanita itu bila pàndai masak dn menjahit. Tak kita setinggi mna ppun jawatan. Àtleast boleh jahit butang baju suami bila tercabut onthespot. Masak makanan utk anak bila dia kata lapar..
BalasPadamBetul. Saya memang suka menjahit sejak remaja. Tapi bila dah belajar di sekolah, bekerja pula, lama balik baru nak menumpu semula.
Padam