Khamis, 16 Mac 2017

6 Menang Minggu Ni Macam Tak Menang Je...

Dah Khamis kann..yang dipotong belum dijahit. Macam takde nafsu nak menjahit pun ada..hahaha..

Kisah hari ni nak masak nasi beriani ayam fillet je..senang nak suap anak.. ok masakan siap dan laki suka. Katanya kalau ketak saffron lagi sedap..encikkkkkk saffron tu mahal tahap gaban kot.

Kemudian nak buat karipap ke nak kukus kek? Oklah buat karipap. Jumpa rolling pin dah cuci semua tapi papan canai dah jadi meja masak air sekarang sebab papan tu start naik kulat hijau. Aku basuh jadikan meja guna kaki akuarium yang dah pecah tu.

Oklah ada kulit pastri dah beli lama. Guna jelah..nanti pandailah kalau nak kelim camna...

Tengah tunggu bahan kisar dididihkan...masukkan daun kari dan serbuk kari..kemudian macam apasal tak mendidih2 ni..gas mati pulak...

Laki yang dah balik kerja tu kita minta dia call orang gas.. tak jumpa nombor telefon. Sudahnya nak solat Isyak dia pergi masjid katanya nanti balik dia singgahla..

Kita yang duduk rumah ni pun suapla anak makan beriani ayam. Budak ni pe'el dia kan makanan siang kalau repeat malam macam tak lalu tau..haishhhh..

Oh gas..nasib habis masa tengah mula masak..buatnya tengah2 masak dah buh kentang bagai.. adehh..

Last year beli gas 21 March..berapa hari je lagi nak setahun gas tu..

Sedap weh makanan tambahan ni...makan dengan beriani kaw kaw..

Takde gas kita main masak2 dengan anak jelah..sambil suap dia makan beriani😉

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.