Ahad, 12 Mac 2017

Jalan Jalan Japan At One City

Hari ni bangun awal nak pergi tengok kedai barangan terpakai Jepun di Jalan Jalan Japan. Elok bangun,  anak bujang pun bangun. Macam tahu2 je nak keluar. Kemudian terpaksalah main nyorok2 sementara anak tu ikut opah dan mummy dia pergi McD.

Kami ke Hero Nova Saujana dulu beli barang basah. Tapi bukan beli banyak pun. Yang penting beli daging untuk buat sup. Sepeket dalam RM3-RM4. Pung pang kena juga RM80 jadi dapat free nasi lemak dan parking dibayarkan RM1. Makan2 nasi lemak baru menuju ke One City.

Luasnya kedai Jalan Jalan Japan. Dah jumpa satu jeans kain lembik yang nampak baru tapi tak muat pulak. Sudahnya beli track dan parts of train tracks. Tunnel.. end of tracks. Macam2 tu habis RM22. Eh track kalau baru 4 keping dah RM16. Ni 4 keping RM2 je. Tapi ada satu track tu dah patah penyambung dia tak perasan...

Oh kedai ni kalau banding dengan Bandoru Store kat Hiway Shah Alam tu memang jauh kualiti dari pakaian la..sini memang murah tapi sesuai la dengan kualiti kot..Bandoru tu macam up market sikit bundle Jepun dia..


Kemudian ke Sewing World di sebelah bahagian bangunan. Luas juga. Penuh dengan kraf jahitan je. Ada kelas. Kalau berminat RM200 untuk 6 kelas atau RM350 untuk 15 kelas. Boleh share2 yuran ni.. setiap bulan adalah kelas tertentu.. kelas dibuka ikut operasi kedai dibuka. Eh nak belajar juga tapi mana nak letak Aqlan ni..hurmm..



Balik rumah, terus buat aksi macam takde apa2 dan baring sebelah Aqlan yang sambung tidur lepas ke McD tu. Dia bangun senyum2 jelah..hehe padahal kena tinggal kejap tadi.

So lunch kami bihun sup daging..adik ipar masak..ada juga koay teow.

Malam kena layan main keretapi la...hari ni laki tolong kemas mainan anak yang memenuhi seluruh ruang tamu..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

4 ulasan:

  1. Bsr jugak kedai bundle ni... Biasa brg dr jepun msti byk y ok2 jgk kan.. Tp y kualiti krg skit yer...

    Blh tahan rege yuran utk kls jahitan..sbb tu kata.. Antara bisness pling untung jahitan..sbb just kluar modal utk benang n beberapa alat lg.. Tp untung berlipat..cuma perlu fokus n gna tenaga skit..esp time nk raya...mmg buat duitlah tailor ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni kira oklah kan, belajar macam orang lain juga...perlu ada ilmu dan skill. last sekali seni tangan tu...kita kan ada problem kalau tengok orang jahit kat bawah under arm tu tak bertemu jahitan dengan elok...oh yes i am so cerewet!!

      Padam
  2. WAHHH orang tu MIL tercinta datang KL nooo??
    kami p ipoh, MIL dia mai KL plak dah .if not leh singgah makan nasi umah MIL.. hehhe.. lama MIL kat KL? eh takkan nak tanya "mama balik bila?" plak kenn..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tiap minggu datang sebab ada hal..dah balik pun, sabtu ni datang semuala tau ada kenduri kawin lak.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.