Jumaat, 10 Mac 2017

Bila Dah 3 Tahun

Banyak pulak perangai baru. Yang ketara ialah dah pandai pilih nak pakai apa.. dulu tak kisah je. Sekarang nak pakai tu..nak pakai ni. Tanak pakai tu...tanak pakai ni.. eh eh..ko kan Aqlan seluar dan baju pun belum habis reti pakai sendiri sepenuhnya. Still perlu dibantu..

Kalau pagi aku dah mandikan dia, petang abah dia balik kerja, aku nak mandikan je dia akan jerit nama abah...abah...minta abah mandikan..sistem giliran gitew. Hahaha..Kadang laki aku malas tapi sebab anak tu dah jerit dia layankan juga.

Dia juga dah pandai minta makanan...ke dapur tengok aku tengah masak2 dia akan cakap Makan.. Makan dengan slang Amerika.. ya anak I terlebih youtube American accents. Kemudian letak tangan kat perut dan cakap Hungry..wah wah... makanan habis dia akan cakap Finish.. nak lagi dia cakap More..more...

Tapi satu ayat paling kelakar dia suka sebut ialah...."eee cuk cuk..." ni kamilah suka cakap kat dia sejak dia kecil bila dia berak atau diapers dah berat atau bila dia kentut. Sudahnya apa2 je yang busuk dan dirty dia akan cakap macam tu. Hahahaha..kelakar. kalau kami kentut pun dia akan cakap. Dan kalau nampak najis kucing pun dia cakap.

Dulu nak mandi puas gak main kejar2 dalam bilik..la ni dah pandai minta mandi..tahu pun kamu tu dah cuk cuk..hahaha..

Aku sampai sekarang masih rasa takjub sebab ada anak...sebab dulu kalau boleh aku tanak ada anak sebab risau dia tiru atau warisi sifat2 buruk aku..bagi aku sudahlah cukup aku je berperangai camni camtu..jangan ada pengikut pula..tapi Allah berikan aku anak. Ianya ujian.. ianya nikmat.

Ingat nak makan nasi guna tangan dah...aku pun dah rakam video. Rupanya makan sesuap pastu cari2 sosej je lebih..kamu tu Melayu..sila belajar makan guna tangan..takyah nak jadi Amerika sangat..😆😆😆

6 ulasan:

  1. Memang taajub dgn kebesaran Allah kan.. dulu2 terbaring jer, buka mata pun susah jer, dulu kaki besar tapak tangan jer, tp sekarang dah berlari, dah pandai nak itu ini.... alhamdulilah

    BalasPadam
  2. Kann...lya fhm sgt rsa takjub tu anis.. Spnjg besarkan ank mcm2 perkara kt dpt n dlm msa sama kt dpt ilmu.. Y uniknya naluri n rsa syg semulajadi y x mampu diungkapkan..

    Hehe...biasalah makin besar..mkin pnjanh akalan n makin bijak.. Nnti bila ank makin bsr.. Kt akan rindu sgt moment ank time kecik mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...kenalah rakam banyak2 kenangan dalam bentuk video dan gambar..😄😄

      Padam
  3. oohh melayu.. igtkan scottish :p... Alhamdulillah diberi nikmat kurnia dipinjamkan anak, pewaris zuriat..penyambung doa anak yg soleh, pabila kita tiada kelak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha, amin..budak2 kan mudah belajar..memang kita ibu bapa yang kena corakkan diorang.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.