Khamis, 2 Mac 2017

Kek Periuk Nasi

Resipi ni aku tengok kat Says. Cari resipi kek periuk nasi. Tah tiba2 amgin rajin sebelum jam 10 pagi dah masak. Maksudnya dah masukkan dalam periuk nasi.

Bila Aqlan bangun dan nampak kek dia mesti nak makan. Dia ni suka makan kek.

Tapi bagi aku yang pelik sebab kek ni tanpa telur. Guna minyak jagung. Semua bahan ada kat rumah. Senang.

Result dia? Kek ni kurang moist berbanding kek yang dikukus. Makanya aku akan masak kek kukus balik..meskipun berjam dan azab nak tunggu masak.

Experiment kan..memang periuk aku ada menu untuk masak kek.. so automatic kek 45 minit je dah siap..ikut resipi 60 minit kena masak...aku macam nak buat topping cream atau coklatla kasi dia lembab2. I suka kek coklat lembab.



Sambil2 bancuh kek pagi tadi aku sempat rebus ubi kayu. Teringin nak makan...



Pastu buat kopi Sukiyang. Terbaik.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.