Isnin, 13 Mac 2017

,

Me Trying To Do List As Much As Possible

Masa sekolah dulu seorang cikgu Inggeris digelar Teacher telah menggalakkan kami untuk membuat to do list setiap hari. Beliau telah bagi kami perkataan 6 MENANG. Kenapa bukan 6 WIN sebab win tu 3 perkataan je.. pendek sangat. So dengan 6 perkataan menang, kenalah buat 6 perkara. Dan setiap perkara yang disudahkan boleh tick✔. Cukup 6 perkara dibuat baru dikira MENANG lah.

Jadi konsepnya masa belajar memanglah kau boleh tulis seperti (waktu persekolahan):

  • Buat homework cikgu bagi
  • Latih tubi personal (Math)
  • Grammar (ni pun satu cikgu suruh buat hari2 cari satu perkataan baru dalam dictionary dan tulis dalam buku untuk digunakan dalam percakapan harian)
  • Basuh kain
  • Lipat kain
  • Rehat sebentar bersama Kit Kat. Eh!

Kan susah tau nak dapatkan 6 perkara nak dibuat hari2. Masa tulah..

Bila dah kerja memang menimbun nak kena buat. Yang fedapnya buat ni dulu..eh ni dulu..u siapkan ni dulu. Pastu datang orang lain pulak "eh buat ni." Eh geram aku kan..

Dah jadi surirumah ko ingat kerja sikit? Lagi banyak cuma semuanya atas akal fikiran kau yang nak suruh diri tu buat apa2. Takde siapa suruh apa pun.. dalam otak nak kena fikir hari2 apa nak bagi anak makan. Apa nak lunch ek. Bila Aqlan tu tidur nak potong kain lah.. basuh kain menimbun..lipat kain menggunung. Kemas rak dapur. Eh macam2 kan.

Tapi aku nak ada spesifik untuk 6 Menang ni bagi kerja2 jahitan aku...contohnya. Dalam minggu ni apa aku kena siapkan berdasarkan tempahan. Ha ye sekarang mertua suka hantar kain suruh aku buat sesuatu. Laki pun dah pandai order kemeja. Eh..aku bukan tukang jahit tapi dengan sokongan mereka aku cuba untuk membuat jahitan lebih kemas, lebih baik. Kain pasang banyak kat rumah. 

6 Menang projek jahitan:

  • Potong kain jubah Mama
  • Baiki muka telekung 
  • Buat sarung kusyen 
  • Jahit shawl 1 loop pemberian mak
  • Buat seluar basahan Aqlan
  • Betulkan seluar batik. Masukkan getah baru

Banyak lagi lepas tu nak kena buat list. Untuk dapur, untuk bilik Aqlan yang tah bila nak set up..haha.

Tengok kudrat mampu ke tidaklah ye..



Nak jahit maxi camni lah..cam lawa tapi tengah fikir camna nak potong kain ni?

8 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.