In Hobby

Buat Kemeja Lagi

Dah macam syok pulak jahit kemeja ni. Kalau ikut nombor ni baru nombor 4. So lama2 nanti mahirla jahit. Berdoa selalu supaya minat ini tidak mendatangkan khilaf di masa depan.


Mak mertua tempah jahit jubah. Dia bagi contoh baju tu berbutang, dia nak berzip. Maka sungguh2la tengok youtube belajar dari situ..cikgu jugak youtube ni.


Masa ke Karysma tempohari terdengar perbualan pertanyaan dari seorang pelanggan pasal kelas menjahit. RM100 untuk satu kelas jahit baju kurung sampai pandaila selama satu hari tu ya.. kelas Sabtu dan Ahad start jam 9.30pagi..kot ada yang berminat.

Kalau aku ada minat aku nak pergi kelas kat Sewing World di One City tu. RM200 untuk 6 kelas belajar jahitan berlainan. Kan ke murah...aku sebenarnya nak belajar jahit sarung kusyen sofa. Ingat nak cari kain di Spotlight.

Pasal kain2 cun ni mana lagi patut pergi ya...anak aku pun dah pandai nak pakai seluar ada gambar kereta je...habis kalau tak basuh lagi pening la layan dia nak pakai apa..dah pandai memilih... so aku ingat nak beli kain prints corak kereta ke..bola ke..yang sesuai dengan budak lelaki... abahnya pun boleh tahan dah dengar plan aku dia pun nak tumpang baju sama sekaki.. haishhh..ah marilah kita buat baju sama 3 orang. Hashtag bajuanakberanak. Ko rasa aku buat bisnes baju macam ni sesuai? 😃😃😃

Related Articles

4 comments:

  1. ehh geramm je kann dgr org tangan elok berbedung .. senang betoiii nak buat tu buat ni..i is full of jelosss! hahaha.. anis, pastu jahit langsir..jahit cadar skali..hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langsir dan cadar yang biasa2 i dah pernah jahit. Yang scallops tu idaklaaa tak suka pun cam mak dat sangat

      Delete
  2. eh kita punn tak mehenat ok langsir ropol2. umah kita semua langsir simple mimple.. balik umah nak rehat, release..ni nampak yg seserabut.. rimazz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe, dahla langsir camtu kumpul habukkk, serabut k.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...