Wednesday, April 12, 2017

Now My Eyes Can Rest In Peace

Siapa OCD? Aku ada sikit2lah. Contohnya la...


  • Warna hanger kena susun sebelah2 yang sama warna dan dama jenis
  • Baju kurung sederet je baru baju2 lain bila digantung dalam almari
  • Alas meja kena sentiasa centre. Kalau senget2 dan dan tu aku nak betulkan
  • Seluar juga disusun ikut jenis; seluar panjang, seluar pendek, boxer, seluar jalan2..seluar dalam pun ikut pattern dan jenis.
  • Serkup satu line, tudung malas satu line, tudung inner satu line
  • Baju jersey satu line, kemudian baju inner satu line.
  • Shawl cotton bercorak disusun dalam kotak ikut warna. Shawl kosong ikut warna, shawl bercorak takyah iron pun satu line. Haha.
  • Baju laki pun satu rak tu line2 dia ikut baju kemeja kerja, baju melayu, t-shirt kerja, kemeja jalan2
Dah malas aku nak cerita...yang penting aku memang tak boleh berterabur. Sakit mata aku.

RM10 je hanger tudung kat kedai biasa

RM24.90 hanger Ikea. Ni first keluar pastu ramaila tiru design ni. La ni dah takde kat Ikea.

Tudung/shawl lain2 dalam kotak, kat hanger kecil...sorok tanak pakai pun ada😅😅😅

Ok bulan lepas mak bagi 2 shawl baru. Adik ipar belanja makan 5 helai baru. Tiba2 dia bagi lagi 1 sebab terbeli warna sama. Alhamdulillah. 

Kena stop beli shawl. (Tak janji)

Bagusnya jadi OCD ni nanti memudahkan lebih2 lagi bila nak cepat. Malas la nak citer cara aku susun towel, cadar, pinggan mangkuk dan rempah ratus. Kadang2 aku dah susun elok ada campurtangan aku pun dah malas nak susun balik. Haha. Tengok rajin dan masa yang sesuai aku susun balik.

Dulu2 duduk dengan kakak aku kemaskan baju anak2 buah dalam almari diorang elok2. Pastu dah kena tarik2 aku pun malas dah...mungkin sebab aku dah terbiasa dengan didikan asrama. Dan selalu diingatkan tentang kekemasan menandakan peribadi seseorang. Yeppp aku memang tak tahan tengok orang rendam baju dalam baldi berhari2...or biarkan pinggan mangkuk tak berbasuh berhari2.. haaaa zaman2 duduk asrama dan serumah kawan sekolej dulu aishhh...aku ni kaki leter tahu.

Tapi aku ada satu problem. Aku tak pandai sangat iron pakaian. Haha. Suami, nanti iron kita rosak belikan iron power ya.

2 comments:

  1. sama la, kat rumah pun pki hanger macm ni utk shawl, suka paki wide shawl yg proyok2 tu, senang tak payah gosok, dah basuh lipat cantik2 gantung mcm ni..nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl ni kebanyakan kena iron. Ada sejenis kain tu moss crepe takyah iron. Sesuai sangat kalau nak cepat2 tspi kain dia tebal sikit. Musim panas memang berpeluh2.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Subscribe

Gadget

2013 - Samsung Galaxy S4
2012 - Samsung ES60
2012 - Panasonic Lumix DMC GX1
2012 - Panasonic Lumix DMC S1W
2012 - Olympus FE5040,X980
2010 - Nikon Coolpix S640
2010 - Blackberry Torch
2007 - Sony Ericsson W810i
2006 - Kodak EasyShare C360

2011 Registered

23rd September - Pink Ribbon Charity Walk
8th July - ntv7 feel good run
24th June - Standard Chartered KL Marathon
17th June - Team Malaysia Fan Run 2012
21st April - Energizer Night Race
11th March - Brooks Half Marathon
4th March - World Kidney Day Run
8th January - Multi Purpose Insurance Bhd Run

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011
Putrajaya

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011
Seri Pentas

2012 Registered

November 17 - penang bridge run
October 19 - bsn-putrajaya night run
July 7 - ntv7 feel good run

2013 Registered

27th November - Desa Park Run
13th November - Terry Fox Run Malaysia
29thOctober - KFC Walk For The Hunger
15th October - BSN-Putrajaya Night Run
3rd July - Feel Good Run