In Reminder

Janganlah Bagi Spoiler Kat Aku!!

Spoiler ialah orang bagi tahu kau benda atau rancangan yang kau tak tengok lagi. Ko dah plan nak tengok lambat sikit dari orang lain maklumla masa kena diatur tec..etc... kemudian ada yang bagitahu sebab dia sendiri teruja..

Laki aku sendiri dah warning aku pagi ni jangan baca komen2 di Bleach punya entry. Whatttt?  Aku baru tengok sampai episod 8 kot. Ada 49 episod dah terakam kot. Aku bukan boleh tengok live atau dah rakam sukati nak tengok..aku kena plan tengok juga sebab kena pastikan anak aku tak kacau. Haha..kalau tengok Bleach memang aku feeling sangat weii..


Spoiler paling sedih tahun ni ialah aku dah tahu winner MKR 2017. Sebab dia pergi follow aku di IG bila winner 2016 follow aku juga..aku tak follow dialah sebab nanti feed dia berderet masuk lagi aku bengang. Tunggulah aku tengok MKR selalu sampai Malaysia bulan 7. Kat Australia memang dah lama habis sebab aku follow chef juri Manu Fiedel tu. Wawawa..Manu tu tak pernah mention siapa menang jadi aku respect la dia walau dia juri dia rilek je..

Pastu kan berderet orang entry pasal Fast Furious 8. Tu satu pun aku tak baca walau aku follow diorang dan keluar entry berdert kat blog list aku. Sebenarnya banyak lagi movie besar pecah panggung aku tak tengok dan elakkan dari baca review.

Semalam kan laki bawak balik bekas air Fast & Furious 8. 1.3liter kot. Besar ya ampun...nasib dia tak tengok just pergi beli je..😬😬😬😬😡

Related Articles

6 comments:

  1. hehehe nakal tol yang suka share spoiler hehe tapi CT usually ok saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa excited..apa nak buat. Kita tak kisah sangat kalau citer kita tak layan. Haha.

      Delete
  2. yeke dia tak pi tgk?? cerrr p chck sluar dia, kot ada tiket ke apa..hahahhahaa.. ne ne ne ne ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngak mungkin....ngak mungkin.. dia balik cepat..hahaha..citer tu 3 jam kan..

      Delete
  3. Hahahaha... Zaman media sosial ni segalanya pantasss...

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Weekly Popular

Comments

Subscribe