Khamis, 13 April 2017

Ummiza Cafe, Jenderam..Akhirnya Sampai Juga

Plan duduk rumah je. Tapi sebab laki kerja remote jadi boleh gerak2 la. Sudahnya terus nak lunch di Ummiza Cafe ni. Selalu tengok kat blog Moon, takpun Nazlee takpun Ben. Eh eh aku nak try juga masakan kampung ni.

Sampai elok je jam 1. Eh orang tak ramai..ada 4 orang je tengah makan masa tu. Tapi lauk dah nak habis. Nasib ikan keli berlada hijau ada...pastu dah amik pucuk paku baru nampak rebung. Ler suruh laki cedok la nak share sikit. Untuk Aqlan dah amik kuah cendawan dan ayam goreng je. Tapi dia tanak makan...dia nak main pulak dengan seorang budak lelaki di situ.




Kami berdua pun makan dengan senang hati la. Dua orang budak ni asyik datang ke meja dan bawa mainan. Kemudian main kat tray beroda. Dah habis makan, Aqlan pegang tangan aku kuat sebut monster truck. Dia kenan pulak mainan kawan tu. Aku tetap nak balik so akhirnya aku menangla kan.. puas juga dipujuk atas riba. Menahan sabar tak dapat mainan tu. Siap tertahan2 tangisnya. Alahai anak...tapi kita ni buat keras je. Tak dimanjakan sangat. Biarkan dia tahu sikit hak orang tak boleh diambil.

Kemudian kami ke Masjid Ar-Ridho. Tunjuk pada Aqlan. Dia terus senyap dan sebut masjid..masjid.. ah senang hati.


Tudung RM5 senang gila nak iron. Bahagia hidup.

Muka togel je hanya pakai face mist Innisfree 


Senang hati sebab anak ni hatinya kan bersih. Nampak masjid dia tahu dia akan dapat masuk dan teman kami solat. Dah behave sikit. Tapi tu kalau tak jumpa kawan. Kalau jumpa mahu juga dia teriak gelak2..adalah kang mata jeling.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.