Khamis, 20 April 2017

Krim Timbang Kilo?

Ni yang menambahkan ketidakpercayaan aku pada produk2 skincare tempatan. Maaf, memang ada yang betul2 buat sendiri tunjuk bukti tu aku percayalah tapi aku still prefer produk Jepun atau Korea.

Ni la laki aku dok cerita aku pun pergi baca kat  blog Buasir Otak.

Kakak sulung aku cakap kau pakai bedak sejuk sudah..(hehe laki sendiri pun pakai bedak sejuk masa remaja) masa tu aku remaja, tinggal dengan dia..kakak akulah bukan dengan laki aku adoii.. sekolah aku dekat dengan rumah kakak aku.

Tapi biasalah aku pun terjebak dengan benda2 nak beli kat kedai sejak dapat duit pegang sendiri. Ngekor la kawan2 pergi Mydin la..The Store la..masa tu dah ada Fair & Lovely ramai kawan2 terjebak semua nak putih..aku pakai Clean & Clear je..haha.. tapi duduk KT kan dekat angin pantai memang kulit muka aku teruk sampai tanak keluar rumah. Pergi sekolah balik sekolah je.. muka aku kulit merah2..pedih sangat hinggalah aku pernah kena jumpa doktor dan dapatkan rawatan..bukan sebab produk kecantikan tapi kulit aku ya ampun.. korang tengok muka aku sekarang dengan masa remaja boleh geleng kepala..ahaha.

Baru2 ni kan aku cuba produk Marini Naturalémagic bedak sejuk muntah belut dalam bentuk ketul untuk muka. Sabun cuci muka je..aku pakai 2x sehari macam biasa tapi kulit muka aku semakin kering dan merah. Aku pun jadi tak selesa sapulah bedak sejuk Asma tu. Aku juga sapu gel muka Innisfree yang dapat free hari tu. Pastu ok sikit. Eh eh kulit muka aku memang super sensitif. Sebab tu best beli barang kat kedai2 yang specific sebab akan ada pekerja yang pakar pegang muka kita dan cakap apa yang sesuai sebenarnya. Ya aku perlukan nasihat pakar. Jadi aku masih juga pakai Marini tu tapi sekali je sehari. Kadang2 selang 2 hari sekali. Aku tak buang sebab sabun tu boleh sental celah2 juga untuk buat skrub. Hihi.

Produk Marini yang lain2 aku pakai hair growths set ok je. Ni nak habis dah shampoo aku bila lah nak order nya...

Gambar ni dari pendedahan seorang pengguna di FB. Dia cuma nak kita sedar ya..bukan nak dengki ke apa..dah macam paste nak buat kuih pun ada...😐

6 ulasan:

  1. baru nak cover cete ni..zaman skrang lagii la..mcm cendawan tumboh pengusaha komestik segera! p beli kat thailand timbang2 kilo mcmni. masuk dlm bekas, bekas beli cantik2. pastu print label, register SSM. jual! background pun tak tau tang mana, asal pandai meniaga. chemical content langsung tak amek tau..jnji glow. terpulang lah masing2..sbb tu gagah spend pada well-know brand, atleast tau diorang buat kat kilang.. ada R&D.. kebersihan, insyaallah.. yg local ni pun bkn murah pun! mencekik boleh tahan. tentu arah p beli safi kat watson. kalau jadi apa2..leh sama..company pun establish, mampu byr. gitoo.. sbnrnya brand mahal2 sikit tu, bkn mahal mana.. diorang buh dalam bekas besar 100-200ml.. jual dlm RM100++ pakai leh tahan 5-6mths.. sebulan jatuh bapa ringgit je kan? yg local brand dalam bekas tecit2 cumel2 je.. tu i kata diorang lagi cekik darah! terpulang lah masing2 ken...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tengok kawan beli kecil je harga nak ngalah produk USA produk Korea. Padahal kita pakai barang Korea walau rega seratus tapi tahan kadang sampai nak setahun. Apa citer tah "pengusaha" barang kosmetik ni.

      Padam
  2. kena lebih berhati-hati...
    produk kecantikan nie dah melambak di pasaran..
    kdg-kdg yg fake pun melambak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nieyl, kita tak pernah pulak ada hati nak beli. Tatau la memang rasa pelik dengan pakej kecik sangat harga nak RM100...eiiii.. kalau tengok pakej travel kat watson ke pun tak cecah RM40 pun..

      Padam
  3. i sendiri mmg kurang percaya. takut muka kalah. now pakai product Korea.
    baru teringin nak tukar product. tp bila timbang2 balik, tak berani lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang nak sokong juga perniagaan Melayu Islam ni tapi bila dah macam kes ni I rasa takpelah..nanti muka I rosak siapa juga nak ngaku produk dia yang menyebabkan kerosakan tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.