Ahad, 30 April 2017

,

Sekali Sekala Jumpa Girlfriends

Mereka ni insan bekerja. Jadi nak jumpa ikut time table diorang. Ikut aku....free banyak..tapi Weekends jelah...hehe.

So today merancang nak jumpa kat kedai Stalkers. Kat KD nun. Jauh nunnn...kedai bukak jam 11 pagi...


Ni gambar candid aku petik. Lawa pulak. Haha..



Aku dan Reen sampai dulu kami order air dulu....nak dekat setengah jam baru sampai air...kemudian elok Ann dengan Bujal sampai. Terus aku suruh diorang order dulu karang lambat dapat macam kami... orang pun makin ramai. Depa order jam 12...sampai jam 1...air je kot...aku pun tak tahu apa berlaku kat kitchen diorang tu... bagi aku tu terlalu lama....sampai laki Ann dah nak ngamuk. 😠😠😠😠. Kami sebenarnya nak makan...tapi sebab order air je pun lama sangat baru nak sampai...maka cancel makan sini...sorry first and last...orang lain aku tak tahu pengalaman camner....

Caramel macchiato..satu panas satu sejuk. Biasa je takde wow sangat. 

Kemudian kami nak ke Ikea jelah..dekat dah pun..sampai Ikea...panjang juga beratur di cafe tu...ok terus pergi The Curve pulak. Pusing2 last2 masuk Johnny Rocket. Haha. Aku makan Burger 66. Sedap yang ada mushroom tu...pilih beef. Aku burger memang suka daging lembu berbanding daging ayam. Pastu makanlah....sedap dan cepat je..hehe..





Kemudian pergi solat la kat surau area BLUUNIS tu. Dah siap cepat2 turun...aku ke Watson . Diorang ke C&K. Pastu kau nak kesana tak jumpa2 last2 aku masuk Padini. Hahahahaha sebab aku dah tertarik dengan sale tu..t-shirt lengan panjang RM19 je...oh rembat 2. Aku ni memang kalau nak jenjalan je nak beli baju baru. Peél betul.

Baju ku pakai ku potong dan jahit sendiri. Kawan2 agak kurang percaya tapi akhirnya percayalahhh..

Kemudian ke Ikea balik terus teman kawan2 cari barang. Aku pun nak beli pokok hiasan..alah daun2 je..tapi sebab tak molek aku batalkan hasrat.

Siap shopping kami pun hai hai bye bye jelah...hujan sangat lebat...jumpa lagi next time!!!!😘😘😘

Syukurlah laki jemput di stesen LRT...hehe..




10 ulasan:

  1. tebiat nak berjalan soping baju baru tu rasanya mmg gen semua femfuan.. hahhahaa... kita ni ala2 takde mood nak berjalan pun, kemain ko sogo, tinggal seredak duit je ni.. huaa!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib jumpa sebulan sekali..layankan aje orang penat kerja...kita lak anak attached sangat2.

      Padam
  2. sejam order air baru smpi lama kannn., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama...belum order makan lagi..kalau order tambah sejam kot..

      Padam
  3. mmg gila2 sale kat PDI, dh kaut punya banyak kat tngan, sekali tgok beratur panjang berjela, bukan bentuk u dah trus bentuk z, hadap la nak sangt kannnn hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib hari tu kat the curve tak lama sangat..tapi kitorang take turns beratur..hahaha..yang sorang shopping yang dah habis beratur dulu..

      Padam
  4. kedai makan macam ni lah yang buat spoil mood kita kan..
    main2 depa ni kengkadang kerja.. tak de boss, cam tu lah selalunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bos diorang memang takdak hari tu...jumlah staff kurang sangat...

      Padam
  5. Order air ja kena tunggu sampai sejam? 😂 Kalau makanan? Merana perut 😒 Sy pun suka burger daging berbanding burger ayam 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin hari tu nasib kami...tapi bila dah first time datang tentulah nak terbaik pulak2 kita suka review percuma!

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.