In Fashion

Oh Jalan TAR, Oh Sogo!

Dah berapa tahun tak ukur jalan kat sini. Sejak ada Aqlan memang nak ke sini, memang tidak. Tapi hari ni pergi pulak dengan adik ipar sebab ada misi... menyampaikan niat mak mertua.

Jam 3 petang baru keluar. Itupun kena berhati2 sebab nak tinggalkan Aqlan dengan abah dia. Abah dia pula tak berapa sihat. Layan Blaze jelah diorang berdua tu. In fact kata laki Aqlan tak anggap pun aku keluar rumah. Dia ingat aku cuma dalam bilik menjahit. Heheh.

Parking kat Sogo. Beli air kosong je. Haha. Kemudian teruskan misi berjalan ke bazar2 mencari barang untuk Mama. Hari Ahad orang tak ramai sangat jadi seronok juga. Jalan laju2. Sebab awan tu tunggu nak turunkan air je...tanya2 pekedai..dapat jawapan pergi ke kedai seterusnya. Hinggalah akhirnya sampai ke hujung Masjid India sebelum pergi ke Plaza One City. Aku tahu kat sini murah2. Saja jalan2 ushar harga..hihi. teringat pulak zaman cari barang kahwin gigihnya ke area sini. Beli barang nak buat hantaran dan cari veil. Oiii cari veil tu letih laaaaa....sebab nak matching dengan baju resepsi. Siap bawak baju tu ke hulur ke hilir. Hahaha..

Oh pelik juga Mydin kat tengah2 tu dah takda. Nampak tak bertahun tak datang sini. Masa nak sampai Plaza tu hujan dah menitis pun.

So teruskan misi. Cari dan survey harga. Yang adik ipar pulak dia boleh berhenti kat kedai tudung dan ajak shopping. RM5 sehelai shawl tapi kena ambil 10. Dia nak belanja. Eh eh....dari tanak beli tudung dah tapi ada yang nak belanja mulalah mata tu kan.. warna2 dia pulak cantik. Dan susun ikut warna2..aku ni OCD jadi what a relief. Hahaha. Eh kat rumah tudung aku digantung ikut tone kaler ya..kadang holeh berjam sebab nak susun balik.

Dah pilih 5 helai tudung kitorang ke kedai2 lain pulak. Eh bahaya betul. Pastu aku masuk kedai Bunga Reben. Nak cari patches untuk tampal kat baju Aqlan tapi takde...nak kena ke Karysma juga. Haishhh...diorang ni tak follow trend ke? Aku nak buat je dari kain felt tapi kena study dulu.

Sudahnya aku beli gunting potong benang je. Sebab yang ada dah sedih...lama dah...ni gunting benang ke-3 jadi beli besar sikit. RM3.50 satu. Eh dulu2 datang kedai ni selalu dapat diskaun tau. Sekarang dah takde...sobs..

Kemudian kami pun balik ke Sogo. So barang Mama nak tu kena ajak Mama datang tengok. Dah ambik kad kontak lagi. Mama ni cerewet kang belikan terus susah juga.

Kat Sogo ada sale sehingga 70%. Tapi kad membership  baru mati hujung bulan 3. Nak shopping lebih2 pun risau. Haha aku selalu nak beli baju Aqlan je. Tapi last week kan dah beli kat AEON cukuplah. Dah ada anak camtulah. Kat diri sendiri beli yang perlu je seperti seluar, aku memang tak mampu nak jahit sendiri..sekarang kan dok gian menjahit baju..mata tu kadang2 semacam tengok kemeja yang dipakai orang lain. Saja nak tengok jenis jahitan dan benang.

Sogo juga tengah ada renovation. Pintu hanya ada satu je dibuka di bahagian depan. Pintu tepi pun tutup. Satu pintu lagi yang berada di tingkat supermarket tu dibukalah.

Kat sini adik ipar cari CrabTree nampak pulak Innisfree. Ah dia sangkut lagi...aku pun usha la barang2 Innisfree ni. Saja cuci mata kan syok. Kan aku tak boleh juga pakai Cosmoderm tu...ha sebab tulah dah nak 15 tahun aku tak beli dah lepas guna masa di U dulu. Sekarang apa aku nak buat dengan barang2 Cosmoderm yang dibeli? Pakai 2-3x je kot.

Kat sini pun adik ipar tanya nak apa? Bahaya betul. Aku pun nak cari face mist. Nak buat primer mekap elok jugak ni. RM20 untuk 50ml. Tea trea elok untuk hydration. Yang adik ipar aku beli itu ini dah akhirnya dapat lagi free goodie beg macam2 mak nenek dalam tu. Ni satu lagi bahaya promoter yang peramah. Nasib aku menahan diri. Hahaha. Oh tidak jangan bawak aku masuk kedai mekap Korea. Aku jadi tak betul nanti. Jadi misi menahan diri beli barang berjaya.

Sebelum balik carikan karipap untuk laki dah habis pulakkkkk.. sudahnya beli roti kat kedai bakery bawah tu. Habis RM19.10. Takpe..untuk makan jangan menahan diri.

Sampai Kinrara kami tapau makanan dari kedai Siam Bang Rak. Kedai ni makanan dia sedap2 ok. Oh masa dia tulis harga tu aku tengok dah naik so aku cakap dengan adik ipar aku. Orang tu dengar dia pun bercerita la dalam dialek Kelantan. Adik ipar aku blurred. Aku faham je. Hahaha..itulah kelebihan sekolah bersepah ya. Macam2 dialek negeri orang boleh difahami. Tapi.....dialek Pahang aku surrender...memang aku lahir je Pahang..tapi sebab mak bapak bukan, jadi kami bertutur bahasa Melayu biasa...ala2 Johor...ah bapak aku orang Jawa Johor. Tapi bahasa Jawa pun bapak tak ajar bercakap. Tu pun aku nganga je bila balik Batu Pahat dengar sepupu2 bercakap. Kekekeke.

Sakit kaki aku wehhh..bukan apa. Dah lama sangat tak jalan2 macam ni dan laju2 pulak tu. Nampak tak sebab2 peha besar? Hahahaha.

Warna2 pastel je...

For travel. Senang masuk beg.

Related Articles

6 comments:

  1. oooo OCD jugeeekkk.. hehehhee..
    jalan TAR tu mmg berhantu boleh tahan. kawan2 I dari lgkawi kalau mai rombongan skolah dia(cikgu) msti satu bas bawa p jalan TAR tggal dalam 2-3jam, pastu bas mai amek balik.. heaven! so sbnrnya smua bnda ada je kat jln TAR tu(mak bapak je takdek.huhu), tayah la nak mengadap rantau panjang ke, padang besar ke,wakaf cheyeh..sama je smua ada sini. pandai cari, leh dpt lagi murehhh.. gitchewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun kena pandai cari. Seeloknya sokong peniaga tempatan. Banyak sangat dah orang asing meniaga kat situ.. tak selesa jugakkk..depa dapat duiy bawak keluar negara kan rugi..

      Delete
  2. tapi jalan TAR tu dekat...haaahahah nak compare rantau panjang etc.. rantau pjg etc .. kwn i kata wakaf che yeh tu pun ramai je org thailand. pattani, naratiwat..doang leh balik hari je masuk kelantan..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah pergi rantau panjang sekali, bukit kayu hitam sekali cukuplah..hahaha

      Delete
  3. contd..tadi tak abis type dah send..apahal? hahah. mmg susah btol nak jmpe peniaga kita.. peniaga2 diorag pun leh tahan lorat.. wahh kadang kita yg dibahasakan! kemahenn! mmg bermaharajalela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaha kita dah duduk business park. Semua nak high end. Apa cer...i suka yg berkualiti. Harga boleh disurvey..hahaha.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Weekly Popular

Comments

Subscribe