Bila kenduri kawin ni kan mostly inilah masa nak jumpa saudara mara. Dulu2 selalu datang berziarah. La ni semua cakap kat whatsapp aje.. muka tak tengok.. haaa bila dah temu muka masa tulah ko boleh cakap.. eh kurusnya... eh gemok. Ha...eh anak dah besar.... dan segala macam kata2 berbasa basi.. biasalah. Muda2 memang tak faham. Dah nak masuk 40 tak faham jugak perasan umur 20an ke apa..... hahaha ni untuk diri aku sendiri.
Siapa buat kenduri ni selalu parents yang tanggung... dah tentu parents tu panggil saudara mara dan kawan2nya... siapa parents tak urut dada lega tanggungjawab jaga anak dah bertukar..kalau perempuan la.. lelaki pun sama.. takyah dah nak iron kan baju or cuci baju.. nasib zaman sekarang ada mesin basuh dan iron pun dah hebat2...cer dulu2 nak iron kasi keras kena pakai tepung apa tah... nak basuh baju kena ada besen dan papan cuci baju..air takde bawakla pergi sungai... ah itu zaman aku membesar... memang lelah juga angkut air bawak balik rumah untuk kegunaan bersuci dan minum.
Memang akan kedengaran "ahh buat apa mak pak nak buatkan kenduri besar, nanti yang diajaknya semua kawan2nya". ya sila faham.. sila faham kawan2nya itu hanya akan datang sekali je masa kenduri tu. Lepas tu raya pun belum tentu datang. Bagilah mereka gembira.. bukan tak boleh jemput kawan2 kita kan..alahai kawan kita tu 100 orang ke nak datang? Kawan kita datang lagi ramai masa kita kawinkan anak kita pulak. Trust me.
So hari ni last jemputan kenduri kawin yang diterima setakat ni...yahoo takyah pening nak pakai baju apa. Aku recycle juga baju2 ni, tengok kenduri ni siapa yang akan datang, kalau sekali tu belah saudara laki, sekali belah aku, sekali kawan2 kami ke aku pakai baju sama je...hahaha sampailah aku rasa macam ok stop setahun nanti pakai balik. kekekeke.
Dan sekarang aku selesa baju bercorak batik. Rasa elegen gitew... Tadi di kenduri kawin pun ramai pakai baju corak batik..Aku feel bless hahahaha...Tapi aku punya batik tetap nak bling bling... nasiblahh...first time datang kenduri yang diadakan dalam Stadium Panasonic Shah Alam, jarak2 kerusi meja, puas hati tak langgar bontot.
anak sendiri tanak bergaya dengan abahnya |
maka datanglah anak sepupu nak tumpang kasih sayang...hehehe |
susah betul nak ambik gambar |
Masa ni nak balik dah...
rasa bila dah pakai face mist ni mekap kekal lama sikit, bedak pun tak berbelak-belak. kekeke. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.