In Gathering

Pantai PD Yang Jernih

Port Dickson memang panjang pantainya. Ada yang private ada yang semua boleh datang mandi ramai2..siap berkelah masak bbq. Hehe.

Kami ada port pantai kegemaran di sini. Kami discover pantai ni tahun lepas. Masa tu cuti CNY kami tidur di salah satu homestay Airbnb.

Hari ni kami pergi lagi. Pantai Sri Purnama namanya. Dekat dengan Ostrich Farm dan Politeknik Seremban. Dan cuaca yang baik hari ni menjadikan air laut jernih. Siap nampak kaki sendiri tapi....aku tak bawak kamera. Hahaha..malas la nak berenang2 dan bawa handphone ke or kamera. Semuanya harap ke laki..

Kami bertolak lepas Zuhur. Dalam perjalanan kami singgah 99Speedmart untuk beli jajan... opss ada biskut juga.. air2 semua. Kemudian ke KFC beli Zinger burger untuk kami berdua dan nugget untuk Aqlan. Tu pun tanpa air dah RM27. Nasib dah beli air kat 99Speedmart dan bawa juga air kosong dari rumah.

Sampai PD kami cari surau nak solat..pusing punya pusing akhirnya kami pilih solat dalam Politeknik Seremban je. Hehe. Takde masjid tapi disebut Pusat Islam. Oklah bersih je. Dah cuti semester ke? Takde nampak orang sangat.

Dah alang2 solat tu, kami tumpang salin pakaian renang. La si Aqlan tanak pakai baju renang. Sebab seluar pendek kan puas juga pujuk. Akhirnya pakai juga.



I'm sea turtle kata Aqlan. Kemudian terus dia menyangkut kat belakang.


6.45 petang kami gerak naik. Orang ramai juga balik dan ada juga yang baru sampai. Dua lelaki ni bilas2 guna air yang dibawa dalam botol mineral 10liter. Aku pulak sejuk2 masuk dalam kereta. Aku tak menukar pakaian kat situ walaupun ada je bilik tukar. Pengalaman aku dulu, orang ramai siap beratur dan bilik air becak. Erk erk..takpelah aku balik rumah adik tumpang mandi kat Seremban 2 nun..lagi puas hati..

So pastikan ada bawa beg plastik atau alas meja plastik untuk mengalas kerusi kereta dari kebasahan next time...aku pulak alas dengan tuala dan plastik biasa je. Nasibla kan. Haha.

Kat rumah adik, kami dijamu keropok, nasi goreng dan teh.

Sepupu sebaya beza dalam 10 hari je kot. Tapi biasalah yang lelaki tu suka nak rebut barang si perempuan.

Ko tengok...terduduk Hanii tengok kuda kena ambil

Gambar sebelum tu elok je Hanii main jauh sikit..dah Aqlan nampak dia nak juga naik..

Jam 10.30pm baru gerak balik ke rumah..baru rasa penat ngantuk semua. Esok mendobilah..

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...