Sabtu, 29 April 2017

Nasi Kukus Dapur Mama, BBB Ada Mango Cheesecake Kula Cakes!

Tujuan ke BBB nak cari nasi lemak. Dah jam berapa memanglah nasi lemak dah habis. Kemudian nampak kedai Dapur Mama ni terus rasa nak cuba.

Masuk2 terus rasa happy...gaya deko industrial. Minimalist. Aku suka. Order makanan dan bayar dulu kat kaunter. Elok pun..ni memang cara Islam. Bayar dulu baru makan..takdelah kes dah makan lari pula pelanggan tu tanak bayar.

Aku amik set ayam kampung. Kena tunggu 11 minit. Ok je. Dalam masa tercongok2 nak bayar tu, Aqlan terjatuhkan kereta toy dia di bawah rak kek2...emmmmmmm..masa tu juga aku nampak ada signboard jual Kula Cakes. Wah tak boleh jadi... selepas staff tu bersusah payah tolong amik kereta Aqlan, aku ke meja makan balik dna inform laki pasal kek tu..elok dia pergi dan datang balik dengan kek..tapi kat sini RM10. Kat Kuantan RM7 je...tapi ko kiralah tol minyak berapa pulak kan..

Laki aku lak order nasi kukus daging kerutuk. Makanan dia sampai dulu. Eh lauknya banyak ya yak kedekut. Harga pun RM10. Aku punya tadi RM11. Set ye so ada air..ko pilih....





Overall makanan dia memang sedap...boleh datang lagi...cuma takde makanan untuk budak2 baya Aqlan ni. Semua pedas. Hehe..so Aqlan makan mango cheesscakes jelah....pastu abah dia tapau lagi kek tu 2 keping. Yums...oh kek2 jenis lain pun ada je...

Bye2 Dapur Mama...sedaplah!!!!



2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.