Jumaat, 14 April 2017

Perasaan Riak Ni Mudah Sangat Terjadi Kan...

Riak adalah sifat Allah. Siapa kita untuk bersifat riak yang merupakan satu sifat mazmumah yang meyebabkan kita kehilangan pahala amalan baik?

Riak mudah terjadi. Ada riak kecil. Ada riak besar.

Tak dinafikan aku pun ada berasa riak kadang2. Sebenarnya mampu ke kita nak tulis dosa kita sendiri nanti dalam kubur? Bila malaikat ambil secebis kain dari kain kapan kita dan diminta tulis segala dosa kita?

Marilah kita melawan sifat mazmumah ni. Kata seorang penceramah, riak paling halus ialah sehingga menyebabkan malaikat pun tak tahu itu riak. Tapi Allah tahu dan amalannya tertolak.

Riak terlalu mudah terjadi. Post gambar dan bila cek ada 100 likes contohnya dan kita suka dapat banyak likes tu pun dah dikira riak. ALLAHU...

Banyaknyalah sifat mazmumah aku ni haiiiii....

Bila kita terima pujian, ucaplah Segala Puji Hanya UntukMu Allah. Moga2 perasaan riak kita hilang.

#peringatanuntukdirikuyangalpa

Nilah niat mama yang aku sibuk tolong cari last 2 weeks. Dia nak belikan telekung buat hadiah. Pandai buat telekung pun tetap tak sama perasaan dengan dapat hadiah..tak dan tunggu raya, aku pakai terus..hihi.

Banyaknya amalan nak diperbetulkan niat....marilah betulkan sebelum terlambat. Tiba2 terngiang2 alunan nasyid arwah Ustaz Asri..😢😢😢

2 ulasan:

  1. salam pagi selasa cik kak anis tuuh.,

    sama2la kita muhasabah diri sendiri jugak., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari2 kena munasabah. Hari2 tak terlepas buat dosa. 😟

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.